“Kami sekeluarga sembilan orang terpaksa tinggal berasingan,” – mangsa tragedi Putra Heights
“Kami sekeluarga sembilan orang terpaksa tinggal berasingan,” – mangsa tragedi Putra Heights

SUBANG JAYA: “Keluarga kami sembilan orang terpaksa tinggal berasingan selepas rumah musnah sama sekali dalam tragedi letupan paip gas itu ,” katanya Nur Izzati Alia Zainuddin, 28 tahun.
Katanya, buat sementara waktu, mereka sekeluarga terpaksa berpisah menumpang di rumah saudara yang lain.
“Hasil ihsan saudara-mara lain, saya dan suami menumpang di rumah ibu mentua, ada yang tinggal di rumah abang termasuklah ibu saya yang dahulunya tinggal bersama saya.
“Rumah kami memang musnah sepenuhnya dan sudah tidak ada tempat untuk kami sekeluarga duduk sekali,” katanya ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Height di sini, hari ini.
Nur Izzati Alia yang tinggal di Kampung Kuala Sungai Baru berkata, buat masa sekarang mereka cuba untuk memohon bantuan perumahan sementara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Bagi kami yang penting sekarang adalah tempat tinggal kerana rumah sememangnya keperluan utama yang mendesak.
“Kami sekeluarga ramai, sampai bila ingin menumpang di rumah ahli keluarga lain,” katanya yang berharap dapat tinggal sekali sebagai satu keluarga seperti dahulu.
Bercerita mengenai hari kejadian, katanya rumahnya terletak kira-kira 50 meter daripada tempat letupan.
Katanya, apabila mereka membuka pintu, nampak garaj terbakar dan ada api di bumbung rumah.
“Hari ini saya datang ke sini atas urusan laporan polis dan urusan sijil pemilikan kereta kerana semua dokumen sudah hangus dalam kebakaran,” katanya.
Terkini, kerajaan mengumumkan pemilik rumah yang musnah sepenuhnya dalam tragedi letupan paip gas di Putra Heights akan menerima bantuan tunai RM10,000.
Bagi mangsa yang rumahnya separa musnah dan juga penyewa akan menerima RM2,500 daripada Petronas dan RM2,500 oleh Kerajaan Persekutuan, menjadikan mereka akan menerima sebanyak RM5,000.
“Kami sekeluarga sembilan orang terpaksa tinggal berasingan,” – mangsa tragedi Putra Heights
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
You must be logged in to post a comment.