Dr Roland Victor bebas tuduhan buat hantaran jelik vaksin COVID-19
Dr Roland Victor bebas tuduhan buat hantaran jelik vaksin COVID-19

SEPANG: Mahkamah Sesyen hari ini, melepas dan membebaskan pengasas The KL Sky Clinic, Dr Roland Victor, daripada pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video jelik berhubung vaksin COVID-19.
Hakim, Ahmad Fuad Othman, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes ‘melampaui keraguan munasabah’.
“Pada peringkat ini saya meneliti bukti pendakwaan dan bukti pembelaan, saya tidak nampak apa yang dikatakan oleh Dr Roland ini terjumlah dalam jelik.
“Tidak ada juga keterangan, baik daripada segi saksi pendakwaan ataupun pembelaan, melalui pemeriksaan balas dan sebagainya, yang menyatakan bahawa apa yang dikatakan oleh Dr Roland adalah tidak benar atau pun jelik,” katanya.
Beliau berkata, mahkamah telah menimbang semasak-masaknya dan telah meneliti setiap hujahan, keterangan saksi dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Maka dengan itu saya membuat keputusan, pihak pendakwaan telah gagal untuk menimbulkan kes melampaui keraguan munasabah,” katanya.
Pada 5 Julai 2021, Dr Roland didakwa di mahkamah atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain menggunakan laman profil Facebook The KL Sky Clinic pada 10.30 malam 7 Feb 2021.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya serta berdepan denda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Saifuddin Rafiee manakala Dr Roland diwakili peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal. – BERNAMA
Dr Roland Victor bebas tuduhan buat hantaran jelik vaksin COVID-19
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
You must be logged in to post a comment.