Arsenal mahu ‘tibai’ Real Madrid

Arsenal mahu ‘tibai’ Real Madrid

Arsenal mahu 'tibai' Real Madrid
Pengurus Arsenal Mikel Arteta. – Foto AFP

London: Arsenal belum berjaya melepasi separuh akhir Liga Juara-Juara sejak 2009, namun pengurus Mikel Arteta mahu pasukannya mencipta sejarah tersendiri ketika mereka menerima kunjungan Real Madrid pada perlawanan pertama suku akhir di Emirates, esok.

Real Madrid, juara Eropah dengan rekod 15 kali menjuarainya memenangi enam gelaran Liga Juara-Juara sejak 2009, sementara Arsenal masih lagi berusaha untuk merangkul gelaran pertama mereka.

Arteta, yang pasukannya tersingkir tahun lalu selepas kalah di suku akhir kepada Bayern Munich, meminta anak buahnya supaya percaya pada kemampuan sendiri.

“Ia adalah sebuah kelab (Madrid) yang menetapkan piawaian baru dalam bola sepak dunia. Inilah tempat yang kami mahu berada, tempat yang kami mahu miliki.

“Itu sebahagian daripada sejarah mereka. Kami perlu mencipta sejarah kami sendiri. Kami perlu fokus pada perkara kami. Mereka boleh memberi kami banyak kesukaran namun kami juga boleh.”

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta


“Dengan penuh harapan bahawa kami boleh mendapatkan keputusan yang baik, bahawa kami mampu melakukannya. Kami perlu yakin bahawa boleh melakukannya. Kami perlu menikmati permainan ini.

“Ini hanya perlawanan pertama, niat kami adalah jelas untuk esok. Kami akan berusaha sehabis mungkin,” kata Arteta.

Pemain sayap Bukayo Saka tidak beraksi pada perlawanan ketika Arsenal seri 1-1 dengan Everton yang berada di tangga ke-15 dalam Liga Perdana Inggeris pada Sabtu lalu, dan hanya dimasukkan pada minit ke-46.

Pemain antarabangsa England berusia 23 tahun itu, yang menjaringkan 10 gol dan 14 bantuan gol dalam 26 perlawanan untuk Arsenal musim ini, baru saja kembali dari kecederaan hamstring pada Selasa lalu

Arsenal mahu ‘tibai’ Real Madrid

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker