Tiada sentuhan penyudah punca Man United, Man City hanya seri
Tiada sentuhan penyudah punca Man United, Man City hanya seri

Manchester: Jurulatih Manchester United, Ruben Amorim berkata, pasukannya perlu memperbaiki di semua aspek selepas perlawanan derbi suram menentang Manchester City berakhir dengan keputusan 0-0, tengah malam tadi.
Harapan City untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) masih belum pasti apabila mereka kekal di tangga kelima Liga Perdana Inggeris (EPL), yang sepatutnya cukup untuk mara ke UCL, musim depan.
Namun, anak buah Pep Guardiola hanya dua mata di atas Newcastle, yang mempunyai baki dua perlawanan dalam tangan berbanding City.
Satu mata menyebabkan United kekal di tangga ke-13, tetapi mereka bermain lebih baik dalam perlawanan yang kurang peluang itu, walaupun gagal mencatat kemenangan berganda ke atas City dalam liga buat kali pertama sejak musim 2019/20.
“Kami mempunyai banyak aspek yang perlu diperbaiki. Di setiap bahagian kami perlu ada peningkatan, membina permainan, transisi dan keputusan di kawasan akhir,” kata Amorim.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Setiap pemain boleh diperbaiki, mereka berada di sini kerana telah menunjukkan sesuatu di kelab lain. Mereka ada kualiti, tetapi kami masih sebuah pasukan yang bergantung kepada serangan balas. Kami perlu meluangkan lebih banyak masa di kawasan akhir untuk mencipta lebih banyak peluang.”
Tidak pernah dalam era EPL, City atau United gagal menamatkan musim dalam empat teratas, tetapi rekod itu kini dalam ancaman serius dalam beberapa bulan akan datang.
Perlawanan yang kurang berkualiti, kurang intensiti dan tanpa semangat juang itu menggambarkan musim yang buruk bagi kedua-dua pasukan Manchester.
Selepas mencatat empat kejuaraan liga berturut-turut, prestasi City merosot dengan mendadak dan kini berisiko tidak menamatkan musim dalam empat teratas buat kali pertama sejak musim 2009/10.
Satu-satunya peluang United untuk layak ke UCL adalah dengan memenangi Liga Europa kerana mereka dijangka mencatat penamat terburuk dalam sejarah EPL.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
The Red Devils menunjukkan sedikit peningkatan minggu ini, tetapi gagal menjaringkan gol dalam kekalahan 0-1 kepada Nottingham Forest pada awal pagi Rabu lalu, sekali gus menyerlahkan lagi masalah mereka di hadapan gol.
“Kami hanya perlu mempunyai sedikit lagi naluri pembunuh,” kata kapten United, Bruno Fernandes.
“Pada separuh masa pertama kami terlalu banyak sentuhan sedangkan hanya perlukan satu. Kami sabar, sangat teratur, tetapi naluri pembunuh itu tiada hari ini.”
Kevin De Bruyne diturunkan hanya beberapa hari selepas mengumumkan ini akan menjadi musim terakhirnya bersama City.
Namun, persembahan pemain Belgium itu sekali lagi menunjukkan beliau kini hanyalah bayangan kepada pemain yang pernah dikatakan Guardiola sebagai antara yang terbaik dalam sejarah EPL.
City menguasai bola, tetapi United lebih mengancam melalui serangan balas dalam separuh masa pertama yang perlahan.
“Kami tidak cukup bagus untuk menghukum mereka atau menyakitkan mereka lebih daripada apa yang berlaku,” kata Guardiola.
“Kami ambil satu mata. Lebih baik jika menang tetapi kami masih dalam persaingan.”
Tiada sentuhan penyudah punca Man United, Man City hanya seri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
You must be logged in to post a comment.