Slot nafi terlalu selesa jadi penyebab Liverpool tewas di Fulham

Slot nafi terlalu selesa jadi penyebab Liverpool tewas di Fulham
London: Pengurus Liverpool, Arne Slot, menafikan pemainnya berasa terlalu yakin selepas pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu tewas 2-3 kepada Fulham berikutan persembahan dipenuhi kesilapan, malam tadi.
The Reds mendahului menerusi jaringan awal Alexis Mac Allister dan ketika itu mereka kelihatan bersedia untuk mengambil satu lagi langkah menuju kejuaraan liga utama England ke-20 yang akan menyamai rekod.
Namun, Fulham mengambil kesempatan daripada kesilapan pertahanan Liverpool untuk menjaringkan tiga gol dalam tempoh 14 minit pada separuh masa pertama dan memperoleh kelebihan yang sukar dikejar.
Mereka mengekalkan kedudukan dengan agak selesa walaupun gol lewat Luis Diaz mencetuskan penamat yang mendebarkan.
Slot berkata, kesilapan pada separuh masa pertama menjadi punca utama kekalahan itu sambil menyatakan beliau merasakan Liverpool mencipta cukup peluang pada separuh masa kedua untuk sekurang-kurangnya mendapatkan satu mata.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Pengendali dari Belanda itu dengan tegas menolak sebarang cadangan pasukannya mula mengendur walaupun memiliki kelebihan 11 mata di puncak liga.
“Saya rasa tiada sebab untuk kami berasa terlalu selesa, kami bukan berada di tangga teratas kerana memenangi setiap perlawanan dengan beza tiga atau empat gol,” katanya.
“Saya rasa sesiapa yang menonton perlawanan kami akan tahu, ia memerlukan begitu banyak usaha, kerja keras untuk kami menang perlawanan, sudah tentu digabungkan dengan kualiti.
“Pasukan yang menjuarai liga dalam empat musim terakhir (Manchester City) hampir setiap kali sudah mendahului 3-0 pada separuh masa pertama dan itu bukan situasi kami.”
Beliau menambah: “Saya tidak fikir kesilapan yang kami lakukan ada kaitan dengan keletihan pemain.
“Saya tahu bagaimana perkara ini berlaku, ia sama sahaja di mana-mana dalam bola sepak: jika anda bolos tiga gol dalam separuh masa pertama, semua orang akan kata, ‘wow, itu bencana’.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Tetapi jika anda lihat semula, dengan mengetahui kami telah dibolosi tiga kali, anda mungkin akan nampak beberapa detik yang baik juga.”
Slot turut mempertahankan kaptennya, Virgil van Dijk, yang pada beberapa ketika bergelut dengan kekuatan fizikal penyerang Fulham, Rodrigo Muniz, sebagaimana yang berlaku ketika menentang Beto dari Everton pada pertengahan minggu.
Beliau memberi pujian kepada Muniz dan Beto sambil menambah: “Saya masih melihat banyak perkara yang Virgil lakukan dengan sangat baik.
“Jika anda bermain 50 ke 60 perlawanan dalam satu musim, pasti akan ada juga, walaupun untuknya, satu atau dua detik di mana dia boleh lakukan dengan lebih baik.”
Slot nafi terlalu selesa jadi penyebab Liverpool tewas di Fulham
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.