Krisis kecederaan jejas Bayern layan Inter
Krisis kecederaan jejas Bayern layan Inter

Munich: Impian Bayern Munich untuk mara ke final Liga Juara-Juara Eropah (UCL), yang akan berlangsung di laman sendiri mereka di Allianz Arena, terjejas akibat krisis kecederaan yang membimbangkan.
Bayern akan menentang Inter Milan pada perlawanan suku akhir pertama UCL pada awal pagi Rabu tanpa beberapa pemain utama, kebanyakannya akibat kecederaan jangka panjang.
Krisis kecederaan itu mengejutkan Bayern pada ketika mereka berusaha membalas dendam terhadap kenangan pahit final UCL 2012, yang juga berlangsung di Munich, apabila mereka tewas kepada Chelsea melalui penentuan sepakan penalti.
Jumaat lalu, perancang tengah, Jamal Musiala menjadi yang terbaru menyertai bilik kecederaan Bayern akibat kecederaan hamstring yang koyak dan mungkin memaksanya untuk berehat sehingga pertengahan Mei.
Benteng Bayern paling teruk terjejas apabila Alphonso Davies, Dayot Upamecano dan Hiroki Ito dijangka akan terlepas baki musim ini akibat kecederaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Penjaga gol dan kapten, Manuel Neuer; pemain sayap, Kingsley Coman serta pemain tengah, Aleksandar Pavlovic turut diragui untuk perlawanan menentang Inter.
Bayern perlu memberi perhatian kepada penyerang berbahaya Inter, Marcus Thuram dan Lautaro Martinez, tetapi mereka hanya mempunyai dua bek tengah yang cergas iaitu Kim Min-Jae, yang masih dalam pemulihan akibat kecederaan Achilles dan pemain veteran England, Eric Dier.
Final UCL musim ini di Munich, yang dikenali sebagai ‘finale dahoam’ dalam dialek Bavaria, menjadi tumpuan utama Bayern selama bertahun-tahun.
Beberapa langkah utama Bayern dalam beberapa musim kebelakangan ini, dari penggantian mengejut Julian Nagelsmann dengan Thomas Tuchel, hingga membelanjakan banyak wang untuk menandatangani Harry Kane, semuanya didorong oleh keinginan untuk menang di Munich pada Mei ini.
Bagaimanapun, pasukan yang sudah muncul juara Eropah enam kali terpaksa menyesuaikan harapan mereka selepas musim 2023-24 yang mengecewakan, apabila Bayer Leverkusen memenangi kejuaraan liga dan Piala Jerman, meninggalkan Bayern dengan musim pertama tanpa trofi dalam 11 tahun.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Perkembangan itu menyebabkan Vincent Kompany menggantikan Tuchel sebagai jurulatih.
Penggerak utama kelab, Uli Hoeness, yang masih menjadi individu paling berpengaruh di kelab gergasi Jerman itu walaupun telah meletak jawatan sebagai Presiden pada 2019, memberitahu Kicker pada Februari bahawa fokus untuk musim ini adalah memenangi Bundesliga, bukannya Eropah.
“Selepas musim 2023/24 yang sukar, terlalu banyak perbincangan mengenai UCL. Kejuaraan Jerman akan lebih bermakna kepada saya,” kata Hoeness.
Namun, Bayern kini mendahului Leverkusen dengan enam mata dan enam perlawanan berbaki, fokus mereka kini kembali ke Eropah.
Krisis kecederaan jejas Bayern layan Inter
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
You must be logged in to post a comment.