Kelemahan benteng cetus kerisauan Real Madrid
Kelemahan benteng cetus kerisauan Real Madrid

Madrid: Bintang jentera serangan Real Madrid tidak perlu diperkenalkan, tetapi di sebalik kehebatan mereka, terdapat kelemahan ketara yang ingin dimanfaatkan Arsenal pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL), awal pagi Rabu.
Jelas, barisan penyerang skuad bimbingan Carlo Ancelotti tidak selalu mampu menutup kelemahan pertahanan pasukan, seperti yang berlaku ketika kekalahan 1-2 di tangan Valencia pada aksi La Liga, Sabtu lalu.
Tahun lalu, ketika Real menjuarai liga Sepanyol dan UCL, mereka hanya tewas dua kali sepanjang musim.
Ancelotti mengaitkan perubahan itu dengan ketibaan Kylian Mbappe dari Paris Saint-Germain (PSG), yang memberikan Real kelebihan tambahan di bahagian serangan dengan mengorbankan perlindungan di bahagian belakang.
Vinicius Junior, Jude Bellingham dan Rodrygo Goes adalah bintang utama pasukan di jentera depan, musim lalu dan Mbappe menyertai mereka untuk membentuk kuartet serangan berbisa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Madrid kehilangan Toni Kroos apabila pemain tengah Jerman itu bersara pada musim panas lalu dan mereka merindui ketenangan serta ketepatan beliau di bahagian tengah.
“Tahun ini kami jauh lebih berkesan di bahagian serangan kerana kehadiran Mbappe, yang sudah menjaringkan 33 gol, tetapi kami mengalami sedikit kesukaran di bahagian pertahanan,” kata Ancelotti minggu lalu.
“Apabila anda perlu membuat pilihan, perkara ini boleh berlaku. Kami sedang memikirkan untuk mengekalkan keberkesanan ini dan melakukan lebih banyak kerja secara kolektif dalam pertahanan.”
Keadaan menjadi lebih buruk buat Real apabila pemain tengah bertahan, Aurelien Tchouameni digantung perlawanan untuk kunjungan ke Stadium Emirates itu.
Penjaga gol, Thibaut Courtois dan Andriy Lunin diketepikan akibat masalah kecergasan manakala pemain berusia 19 tahun, Fran Gonzalez yang membuat penampilan sulungnya menentang Valencia mungkin cergas menjelang perlawanan awal pagi Rabu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Saya rasa kami mungkin boleh mendapatkan kedua-duanya kembali,” kata Ancelotti selepas kekalahan kepada Valencia.
“Lawan tidak perlu berusaha keras untuk menjaringkan gol terhadap kami,” tambah Ancelotti, selepas gol kemenangan Hugo Duro pada minit ke-95 mengejutkan penyokong di Santiago Bernabeu.
Kelemahan benteng cetus kerisauan Real Madrid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
You must be logged in to post a comment.