Arteta yakin Saka tambah keseimbangan berdepan Real
Arteta yakin Saka tambah keseimbangan berdepan Real

London: Mikel Arteta percaya Bukayo Saka boleh mengubah keseimbangan kuasa yang memihak kepada Arsenal pada perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Real Madrid yang dijangka menarik, awal pagi Rabu ini.
Saka berpeluang untuk beraksi menentang Real dalam perlawanan pertama di Stadium Emirates selepas membuat dua penampilan sebagai pemain gantian sejak kembali selepas tiga bulan diketepikan.
Pemain berusia 23 tahun itu belum pernah tampil dalam kesebelasan utama Arsenal sejak 21 Disember di Crystal Palace.
Namun, Saka membuktikan dia pulih sepenuhnya dengan menjaringkan gol dalam perlawanan pertamanya sebaik kembali ketika menentang Fulham, minggu lalu dan memberikan aksi mengagumkan dalam keputusan seri di Everton pada Sabtu lalu.
Berikutan itu, pengurus Gunners, Arteta yakin penyerang England itu yang memerlukan pembedahan akibat kecederaan hamstring, boleh memainkan peranan penting ketika Arsenal berusaha menyingkirkan juara bertahan Eropah, Real.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Dia berada dalam keadaan yang jauh lebih baik. Sudah tentu, kami telah membina keyakinan itu,” katanya.
“Dia bermain selama 30 minit menentang Fulham dan 49 minit menentang Everton dan selepas itu dia akan berada dalam keadaan yang jauh lebih baik.”
UCL adalah peluang terakhir Arteta untuk mengakhiri kemarau trofi selama lima tahun pada musim ini pada ketika Arsenal berusaha untuk memenangi kejohanan itu buat kali pertama.
Disingkirkan Bayern Munich dalam suku akhir musim lalu, penampilan final UCL pertama Arsenal berakhir dengan kekalahan di tangan Barcelona pada 2006.
Setelah menduduki tempat kedua dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim 2023 dan 2024, Gunners hampir pasti akan gagal dalam perebutan gelaran sekali lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Pendahulu EPL, Liverpool kini di tangga teratas dengan 11 mata di depan Arsenal yang berada di tempat kedua selepas pasukan Arteta diikat 1-1 oleh Everton hujung minggu lalu.
Bagi memastikan pemainnya segar dan cergas sebelum berdepan Real, Arteta melakukan lima pertukaran pemain ketika berdepan Everton.
Arteta kini membayangkan peluang untuk menyingkirkan skuad bimbingan Carlo Ancelotti yang mencipta rekod sebagai juara Eropah sebanyak 15 kali.
Arteta yakin Saka tambah keseimbangan berdepan Real
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
You must be logged in to post a comment.