Wanita bawa anak cabut lari selepas makan ‘free’

Wanita bawa anak cabut lari selepas makan ‘free’

Wanita bawa anak cabut lari selepas makan ‘free’
Tangkap layar menunjukkan dua wanita itu meninggalkan premis dengan anak mereka pada 23 Mac lalu. – Facebook

LONDON – Sebuah restoran makanan Cina di London Barat terpaksa berputih mata apabila dua pelanggan melarikan diri tanpa membuat pembayaran, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Kejadian berlaku di Restoran Pangs Chinese, bandar Uxbridge pada 23 Mac lalu.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan dua wanita cuba meninggalkan premis tersebut bersama anak mereka.

Mereka berjalan dengan pantas dan bergegas masuk ke dalam sebuah kereta berwarna putih yang diletakkan di hadapan restoran.

Ketika ditahan oleh kakitangan, kereta tersebut dipecut laju dan beredar dari lokasi kejadian.

Pemilik restoran berkongsi rakaman tersebut di laman Facebook dan membuat laporan kepada Polis Metropolitan London.

“Mereka cuba melanggar saya dengan kereta itu. Saya tidak percaya kerana perbuatan itu dilakukan ketika mereka membawa anak,” katanya.

Susulan kejadian itu, polis menjalankan siasatan dan menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu tersebut untuk tampil ke hadapan. – AGENSI

THE SUN UK

Wanita bawa anak cabut lari selepas makan ‘free’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker