UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP

UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP

UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP

 

Dengan perkembangan politik terkini tanah air serta beberapa isu yang sedang hangat, UMNO mesti lebih berhati-hati dalam menentukan strategi politik mereka ketika berhadapan dengan DAP.

Pandangan yang menyatakan kerjasama politik antara UMNO dan DAP akan menjadi cabaran besar dalam usaha menarik kembali sokongan orang Melayu tidak boleh dipandang remeh.

Kerjasama ini juga dilihat cabaran kepada kepentingan parti menjadi semakin rumit.

Tidak dapat dinafikan, kerjasama ini juga telah menyebabkan defisit sokongan orang Melayu kepada UMNO semakin membesar.

Lebih memburukkan keadaan, apabila terdapat beberapa pemimpin DAP secara berterusan menimbulkan kemarahan orang Melayu.

Isu yang terbaru adalah mengenai Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA).

Ianya telah dicadangkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming.

Undang-undang sedia ada memerlukan persetujuan 100 peratus daripada pemilik untuk menyerahkan hak milik tanah.

Namun sekiranya Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) diluluskan, ambang persetujuan diturunkan kepada 80 peratus untuk bangunan di bawah umur 30 tahun.

75 peratus untuk bangunan berusia lebih 30 tahun.

Dan 51 peratus untuk hartanah tidak selamat atau terbiar.

Dari permukaannya sememangnya Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) nampak sangat indah.

Ditambah pula dengan jaminan dari Nga Kor Meng sendiri, bahawa akta ini sama sekali tidak akan meminggirkan atau mengancam golongan tertentu.

Terutamanya dari aspek perbezaan kaum atau tahap pendapatan khususnya kumpulan B40 dan M40.

Namun begitu, kita masih lagi belum lupa dengan tuntutan pajakan tanah selama 999 tahun oleh DAP di Perak.

Siapakah pemimpin DAP yang memimpin isu tuntutan pajakan tanah selama 999 tahun di Perak?

Isu Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) hanyalah satu dari beberapa isu yang menimbulkan kemarahan orang Melayu.

Sikap DAP Akan Membuatkan Orang Melayu Semakin Menjauhi UMNO

 

Kita memahami, demi untuk mengekalkan sokongan kaum Cina kepada DAP, mereka mesti menonjolkan diri sebagai hero kaum tersebut.

Begitu juga kita sangat memahami, kelesuan PKR dalam mengawal DAP adalah kerana faktor sokongan pengundi DAP terhadap PKR.

Tetapi sebagai parti yang survivornya bergantung sepenuhnya keada sokongan pengundi Melayu, UMNO mesti berhati-hati.

UMNO mesti sedar, orang Melayu kini mempunyai pilihan sekiranya mereka merasakan UMNO sudah tidak berperanan sebagai pembela mereka.

Di dalam Perikatan Nasional sendiri, orang Melayu mempunyai pilihan sama ada untuk menyokong PAS atau PPBM.

Dan inilah realiti yang sedang berlaku sekarang ini.

Tidakkah UMNO belajar dari apa yang sudah berlaku dalam PRN 6 negeri yang lepas.

UMNO mengalami kekalahan teruk di kesemua 4 negeri yang pengundi dominannya adalah orang Melayu.

Sekiranya UMNO terus lesu dalam menonjolkan diri sebagai pejuang bangsa Melayu, jangan terkejut sekiranya Perikatan Nasional akan merampas Melaka dan Johor.

Jangan lupa, pilihanraya negeri di Melaka dan Johor kini sudah berada di ambang pintu.

Di awal kerjasama antara UMNO dan Pakatan Harapan, ada pemimpin UMNO mendabik dada, kononnya UMNO akan mengawal DAP.

Tetapi, apakah itu realiti yang sedang berlaku sekarang ini?

Lakukanlah sesuatu sebelum segala-galanya terlambat.

Jangan kerana sayangkan kuasa dan jawatan yang kini semakin menghampiri ke hujung, masa depan UMNO digadaikan.

 

UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker