Tukang masak maut dipukul, lauk kenduri tumpah jadi punca
Tukang masak maut dipukul, lauk kenduri tumpah jadi punca

New Delhi: Seorang tukang masak maut selepas dipukul hingga mati di dalam sebuah bas di kawasan Bawana, barat laut Delhi kerana didakwa menumpahkan makanan di tempat duduk, kata polis pada Ahad.
Mangsa, Manoj atau dikenali sebagai Babu, dipukul oleh tiga orang iaitu pemandu bas RTV dan dua pembantunya.
Apabila Manoj tidak sedarkan diri, ketiga-tiga suspek itu membuangnya berhampiran jejantas Bawana sebelum melarikan diri.
Polis berkata mereka telah menangkap salah seorang penyerang, manakala dua lagi masih bebas.
Pada malam 1 Februari, dia dan rakannya, Dinesh, menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Sultanpur Dabas.
“Selepas selesai bekerja, mereka membungkus lebihan makanan dan menaiki sebuah bas. Semasa dalam perjalanan, sedikit makanan secara tidak sengaja tertumpah di tempat duduk, menyebabkan pemandu dan rakan-rakannya berang,” kata seorang pegawai polis.
Walaupun Dinesh dibenarkan turun di Bawana Chowk, tiga lelaki itu menahan Manoj dan memaksanya membersihkan tempat duduk dengan bajunya, kata pegawai itu.
Pemandu, Ashish dan rakan-rakannya menghina serta memukulnya.
Ketika dia sedang membersihkan tempat duduk, Ashish memasukkan batang besi ke dalam kemaluannya, tambah pegawai itu.
“Pada 2 Februari, polis menerima panggilan kecemasan mengenai seorang lelaki yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri. Pada mulanya, pasukan penyiasat menganggap mangsa adalah gelandangan kerana tiada kecederaan yang jelas. :Bagaimanapun, selepas usaha selama sehari, identitinya disahkan melalui abangnya, Jitendra, yang telah melaporkan kehilangannya,” katanya.
Bedah siasat pada 5 Februari mendedahkan kecederaan dalaman yang teruk, mengesahkan sifat serangan itu.
Dalam satu serbuan, polis menangkap Sushant Sharma atau Chutkuli, 24, seorang penduduk asal kampung Karala.
Usaha memburu Ashish dan seorang lagi suspek masih diteruskan.
Tukang masak maut dipukul, lauk kenduri tumpah jadi punca
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah