Padah mahu bergambar dengan jerung, wanita putus tangan

Padah mahu bergambar dengan jerung, wanita putus tangan

Padah mahu bergambar dengan jerung, wanita putus tangan
FOTO hiasan

Ottawa: Seorang wanita Kanada putus kedua-dua tangannya selepas diserang jerung ketika cuba mengambil gambar bersama haiwan pemangsa itu di perairan Caribbean.

Menurut portal NDTV, mangsa berusia 55 tahun itu hanya berada beberapa meter dari pantai di Thompson Cove Beach, Kepulauan Turks dan Caicos, apabila jerung menerkamnya dan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah.

Dilaporkan, sebelah tangannya terpaksa dipotong di pergelangan tangan, manakala tangan yang satu lagi dipotong separas bawah lengan.

Mangsa segera dibawa ke darat dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Cheshire Hall untuk rawatan sebelum diterbangkan pulang ke Kanada bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Menurut pihak berkuasa, jerung yang menyerangnya dianggarkan sepanjang 1.8 meter, namun spesiesnya masih belum dikenal pasti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?


“Hasil siasatan mendapati pelancong berkenaan cuba mendekati haiwan itu di kawasan air cetek bagi mengambil gambar,” katanya.

Walaupun belum disahkan, saksi percaya serangan itu dilakukan oleh seekor jerung lembu (bull shark).

Haiwan pemangsa yang berbahaya itu dilaporkan berkeliaran di kawasan berkenaan selama kira-kira 40 minit sebelum melakukan serangan.

Berita itu mengundang pelbagai reaksi di media sosial. Ramai meluahkan simpati terhadap mangsa sambil menjadikan insiden sebagai peringatan kepada sesiapa yang mahu memasuki perairan berisiko tinggi.

“Bayangkan kehilangan sebelah tangan pun sudah menakutkan, apatah lagi kedua-duanya. Saya tak dapat membayangkan bagaimana untuk menghadapinya,” kata seorang pengguna.

Seorang lagi menambah: “Walaupun ini menyedihkan, ia adalah kisah peringatan mengenai pentingnya memerhati dan menyedari persekitaran kita.”

Seorang lagi pengguna turut meluahkan kekeliruannya: “Saya tak faham kenapa orang berenang lebih dari 10 atau 20 meter dari pantai, di kawasan yang memang ada jerung.”

Dianggarkan sekitar 83 serangan jerung tanpa provokasi berlaku setiap tahun.

Di beberapa bahagian dunia, serangan jerung semakin meningkat, terutamanya di pesisir selatan Australia dan pantai timur Amerika Syarikat (AS).

Padah mahu bergambar dengan jerung, wanita putus tangan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker