Hujan lebat lebih dua jam, Keningau dilanda banjir
Hujan lebat lebih dua jam, Keningau dilanda banjir
KENINGAU: Beberapa lokasi di daerah ini termasuk di Pekan Keningau dilanda banjir, malam tadi.
Beberapa premis perniagaan dan jalan raya utama di pekan berkenaan serta stesen minyak turut dinaiki air.
Selain itu, beberapa kampung dilaporkan turut terjejas akibat banjir berkenaan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerusi kenyataan media malam ini memaklumkan pasukan bomba sedang memantau keadaan banjir di kampung yang terbabit seterusnya menjalankan operasi pemindahan mangsa.
“Turut terjejas, Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Anggerik, Kampung Patikang Ulu dan Kampung Agudon,” katanya.
Sementara itu, terdapat beberapa video tular menunjukkan keadaan banjir di kawasan pekan Keningau dan beberapa rumah penduduk yang dinaiki air.
Kejadian banjir berlaku susulan hujan lebat sejak petang tadi.
Beberapa lokasi di Keningau termasuk di Pekan Keningau dilanda banjir, malam tadi. – Video media sosial pic.twitter.com/xfcmClAjab
— Berita Harian (@bharianmy) February 5, 2025
Hujan lebat lebih dua jam, Keningau dilanda banjir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Suara Rakyat Boleh Di Bisukan Tetapi Kemarahan Rakyat Akan Berpanjangan
- Adakah KK Mart Kebal Dari Undang-Undang?
- Terbukti Mahathir Kaki Gaduh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf
You must be logged in to post a comment.