Letusan Gunung Ibu di Maluku kini pada tahap ancaman tertinggi
Letusan Gunung Ibu di Maluku kini pada tahap ancaman tertinggi

JAKARTA: Seramai 120 penduduk yang tinggal berhampiran Gunung Ibu di Halmahera Barat, Maluku Utara secara sukarela berpindah selepas status amaran gunung berapi itu dinaikkan ke tahap ancaman tertinggi.
Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia mengesahkan bahawa penduduk itu berpindah ke Gereja Tongotesungi di Kampung Akesibu termasuk 63 keluarga, terdiri daripada 46 kanak-kanak, 11 bayi, 21 warga emas dan 42 dewasa dari enam kampung di mukim Ibu.
Pihak berkuasa tempatan menyediakan lima pusat pemindahan sementara, termasuk dua gereja, dua sekolah dan sebuah dewan serba guna untuk menempatkan kira-kira 3,000 penduduk yang tinggal berhampiran gunung berapi itu, menurut jurucakap BNPB Abdul Muhari.
“Gunung Ibu meletus lagi hari ini pada 3.45 petang, memuntahkan awan yang mengandungi abu setinggi kira-kira 1,500 meter dari puncaknya. Abu tebal dan awan gelap bergerak ke arah barat,” katanya dalam kenyataan.
Sebagai tindak balas kepada letusan itu, Badan Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD) telah mengisytiharkan status tindak balas kecemasan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
Zon bahaya yang diperluas itu kini melibatkan enam kampung untuk mengurangkan risiko ancaman aliran lumpur gunung berapi dan aliran piroklastik, tambah Abdul Muhari.
BNPB menyeru orang ramai agar bertenang, tidak menyebarkan maklumat palsu mengenai letusan itu, dan mematuhi arahan pihak berkuasa pengurusan bencana tempatan di Maluku Utara dan Halmahera Barat.
Letusan Gunung Ibu di Maluku kini pada tahap ancaman tertinggi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
- Lepas Perhimpunan Solidariti Untuk Najib, Jom Kita Bersolidariti Untuk Guan Eng Pula
- Debaran 6 Januari Semakin Di Rasakan, Siapa Yang Lebih Tertekan, Penyokong Najib Atau Kerajaan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?