Interpol lancar alat baharu jejak aset penjenayah sedunia

Interpol lancar alat baharu jejak aset penjenayah sedunia

Interpol lancar alat baharu jejak aset penjenayah sedunia
LOGO Interpol di satu persidangan agungnya di Istanbul pada 25 November 2021. FOTO AFP

Paris: Organisasi Polis Antarabangsa (Interpol) memperkenalkan alat baharu dikenali sebagai Notis Perak bagi mempertingkat usaha mengesan aset milik penjenayah, menurut agensi berita Jerman (dpa).

Buat julung kali, Interpol pada Jumaat mengeluarkan Notis Perak, susulan permintaan pihak polis kewangan di Palermo, Sicily, Itali, yang berharap mendapatkan maklumat daripada 195 negara anggota Interpol mengenai aset seorang ketua tertinggi Mafia.

Notis Perak boleh digunakan untuk meminta maklumat mengenai pendapatan hasil jenayah seperti penipuan, rasuah, pengedaran dadah, dan jenayah alam sekitar.

Alat ini juga direka bagi memudahkan usaha mengesan aset yang dibabitkan dalam aktiviti pengubahan wang haram. Interpol menyatakan negara anggota kemudian boleh meminta negara lain untuk menyita aset terbabit.

“Merampas keuntungan haram penjenayah dan rangkaian mereka adalah satu daripada cara paling berkesan untuk membanteras jenayah terancang rentas sempadan,” kata Setiausaha Agung Interpol, Valdecy Urquiza.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?


Fasa ujian Notis Perak akan berlangsung sekurang-kurangnya hingga November. Pada peringkat awal, hanya 52 negara dan wilayah dibenarkan mengemukakan permohonan untuk penghantaran notis ini.

Interpol, yang berpusat di Lyon, Perancis, menyelaraskan kerjasama polis antarabangsa, termasuk memudahkan pertukaran maklumat mengenai individu yang dikehendaki dan hilang.

 

Interpol lancar alat baharu jejak aset penjenayah sedunia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker