Dron haram rempuh pesawat operasi pemadaman kebakaran di LA
Dron haram rempuh pesawat operasi pemadaman kebakaran di LA
Los Angeles: Sebuah dron haram terbang di atas kawasan kejiranan Los Angeles yang musnah akibat kebakaran meninggalkan lubang sebesar ‘penumbuk’ apabila ia bertembung dengan pesawat pemadam kebakaran, kata ketua bomba daerah pada Jumaat.
Super Scooper – alat penting dalam melawan kebakaran itu– dihentikan operasi selepas pertembungan dan tidak akan kembali beroperasi sehingga Isnin, kata Ketua Bomba Daerah Los Angeles, Anthony Marrone, kepada pemberita.
Juruterbang yang menjalankan penerbangan di atas kebakaran Pacific Palisades tidak menyedari pertembungan itu dan mendarat dengan selamat, katanya.
“Staf penyelenggaraan di darat menyedari terdapat lubang sebesar penumbuk di tepi hadapan sayap (pesawat).
Marrone berkata, menerbangkan dron di kawasan kebakaran hutan adalah haram dan berbahaya, mencipta masalah besar bagi helikopter dan pesawat yang cuba memadamkannya.
“Perkara paling penting untuk diketahui adalah jika anda terbangkan dron di salah satu kebakaran semak ini, semua operasi udara akan dihentikan.”
Marrone berkata, agensi persekutuan sedang membina sistem pemeriksaan elektronik yang akan dapat mengenal pasti siapa mengendalikan dron haram, dengan pendakwa raya, Nathan Hochman, berikrar untuk mengambil tindakan tegas terhadap pesalah.
“Jika anda fikir ia seronok untuk menghantar dron di kawasan ini… anda akan ditangkap, anda akan didakwa dan anda akan dihukum sepenuhnya mengikut undang-undang,” kata Hochman.
Beberapa kebakaran yang berlaku di sekitar Los Angeles memusnahkan kawasan seluas lebih 14,000 hektar, mengorbankan sekurang-kurangnya 10 nyawa dan memusnahkan 10,000 rumah dan perniagaan.
Kebakaran yang bermula pada Selasa itu adalah salah satu bencana terburuk dalam sejarah California, dengan anggaran kos kerosakan kira-kira AS$150 billion (RM675 bilion).
Dron haram rempuh pesawat operasi pemadaman kebakaran di LA
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
- Lepas Perhimpunan Solidariti Untuk Najib, Jom Kita Bersolidariti Untuk Guan Eng Pula
- Debaran 6 Januari Semakin Di Rasakan, Siapa Yang Lebih Tertekan, Penyokong Najib Atau Kerajaan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
You must be logged in to post a comment.