‘Anak saya tak mengatasi undang-undang’

‘Anak saya tak mengatasi undang-undang’

'Anak saya tak mengatasi undang-undang'
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. – Foto fail NSTP

Sepang: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, anaknya tidak mengatasi undang-undang dan sekiranya ada laporan terhadapnya, dan polis bertanggungjawab untuk melakukan siasatan dengan telus dan seadilnya.

Menurut Saifuddin, merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, kertas siasatan berhubung kes itu sudah dilengkapkan dan diserahkan kepada Peguam Negara.

“Biarlah ia mengikut proses dan saya berpegang kita semua tidak kebal undang-undang termasuk anak saya sendiri.

“Sekiranya siasatan itu mendapati ada asas biar proses undang-undang mengambil tempat,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pagi ini.

Media pada Khamis lalu melaporkan polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anak seorang menteri Kabinet seperti tular di media sosial sejak Rabu.



DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?

 

Ketua Polis Negara berkata, siasatan kes itu sudah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Isnin lalu, untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Razarudin berkata, tindakan itu sekali gus menunjukkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah berkompromi atau melindungi mana-mana pihak yang melakukan kesalahan.

Katanya, polis juga sudah merakam percakapan terhadap semua pihak yang terbabit dalam kes berkenaan.

“Kertas siasatan kes ini sudah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya, pada 6 Januari lalu selepas laporan polis yang dibuat oleh pengadu pada 1 Januari lalu,” katanya.

 

‘Anak saya tak mengatasi undang-undang’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker