Anak tiri pengasuh kerabat diraja Britain maut dalam serangan di New Orleans
Anak tiri pengasuh kerabat diraja Britain maut dalam serangan di New Orleans
London: Raja Britain, Raja Charles III dilaporkan amat berdukacita atas kematian anak tiri bekas pengasuh kepada Putera William dan Putera Harry dalam insiden serangan menggunakan kenderaan pada Hari Tahun Baharu di New Orleans, lapor PA Media/dpa.
Polis Metropolitan mengesahkan mereka memberikan sokongan kepada keluarga Edward Pettifer, 31, yang terkorban dalam serangan di negeri Louisiana, Amerika Syarikat (AS) itu.
Pihak berkuasa mengesahkan bahawa 14 maut dan sekurang-kurangnya 35 lagi cedera apabila suspek, yang dikenal pasti sebagai Shamsud-Din J, didakwa merempuh orang ramai menggunakan trak pikap di kawasan Jalan Bourbon, French Quarter, lokasi sambutan Tahun Baharu yang popular di sana.
Difahamkan, baginda dimaklumkan mengenai kematian Pettifer melalui saluran rasmi dan berasa amat berdukacita, serta telah berhubung dengan keluarga mangsa untuk menyampaikan ucapan takziah secara peribadi.
Akhbar The Telegraph melaporkan Pettifer adalah anak tiri kepada bekas pengasuh Putera William dan Putera Harry, Tiggy Legge-Bourke yang juga dikenali sebagai Alexandra Pettifer.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini
- Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
- Subjudis Atau Tidak Subjudis, Siapa Yang Keliru ?
Pettifer adalah anak lelaki sulung Charles Pettifer, seorang bekas pegawai Coldstream Guards, dan Camilla Wyatt, anak perempuan seorang penternak kuda lumba, menurut akhbar itu.
Adik tirinya, Tom, adalah anak lelaki pembaptisan kepada Putera William, pernah bertugas sebagai pembawa cincin ketika perkahwinan Putera dan Puteri Wales pada 2011.
Putera Wales juga difahamkan sudah dimaklumkan mengenai kematian Pettifer.
Suspek, seorang lelaki berusia 42 tahun dari Texas, didakwa keluar daripada kenderaan dan melepaskan tembakan sebelum ditembak oleh pihak polis.
Koroner New Orleans memaklumkan seorang daripada mangsa yang terbunuh masih belum dikenal pasti, manakala selebihnya adalah warga AS dengan usia mangsa termuda 18 tahun dan tertua 63 tahun.
Pihak berkuasa percaya suspek bertindak secara bersendirian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.