Pemandu kren direman 4 hari hina Islam di TikTok

Pemandu kren direman 4 hari hina Islam di TikTok

Pemandu kren direman 4 hari hina Islam di TikTok
Pemandu lori dibawa ke Mahkamah Putrajaya hari ini untuk permohonan reman kes hina Islam di TikTok. – NSTP/ SAMADI AHMAD

PUTRAJAYA: Seorang pemandu kren direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut selepas dipercayai menghina agama Islam menerusi laman TikTok.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu itu ditahan di Ampang, Selangor semalam sebelum Majistret Mahkamah Putrajaya, Joanne Tan Xin Ying membenarkan permohonan tahana reman dibuat polis.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed, berkata Khamis lalu pihaknya menerima laporan dari seorang Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendakwa melihat muat naik di TikTok yang menghina Islam.

“Susulan laporan itu, polis menahan suspek semalam,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum itu tular video di Tik Tok menggunakan akaun Lan Kon Sai yang dipercayai menghina Islam, namun kandungan itu sudah diturunkan sejak semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenyataan Peguam Negara Menambahkan Kekeliruan


Aidi Sham berkata, saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan mempunyai kes lampau membabitkan dadah.

Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.

Sebelum itu tular video di Tik Tok menggunakan akaun Lan Kon Sai yang dipercayai menghina Islam, namun kandungan itu sudah diturunkan sejak semalam.

Aidi Sham berkata, saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan mempunyai kes lampau membabitkan dadah.

Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.

Pemandu kren direman 4 hari hina Islam di TikTok

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker