Kedah hilang tiga lagi tonggak
Kedah hilang tiga lagi tonggak
Alor Setar: Nasib skuad Kedah Darul Aman FC (KDA FC) kini ibarat jatuh ditimpa tangga apabila kehilangan tiga lagi pemain utama yang selama ini diharapkan dapat mengukuhkan kedudukan pasukan dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) pada saingan musim 2024/2025.
Mereka ialah pemain import dari Uzbekistan iaitu Sukhrob Nurullaev dan Jose Cleylton Santos dari Brazil manakala seorang lagi pemain tempatan iaitu Faiz Nasir turut berundur dari pasukan selepas kemelut tunggakan gaji terus berlarutan sejak tahun lalu.
“Pihak pemilik, ahli lembaga pengarah, dan pengurusan Kedah Darul Aman FC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Sukhrob Nurulloev, Cleylton Santos dan Faiz Nasir atas sumbangan dan dedikasi diberikan sepanjang bersama pasukan Sang Kenari.
“Sukhrob dan Cleylton mencapai persetujuan bersama bagi penamatan kontrak untuk mengembangkan karier mereka di liga luar Malaysia selepas ini manakala Faiz Nasir pula tamat tempoh pinjaman,” menurut media rasmi KDA FC hari ini.
Terdahulu pada penghujung tahun lalu, pemain import kelahiran Haiti yang juga kapten pasukan KDA FC iaitu Sony Norde mengambil langkah sama dengan menyertai kelab Liga 1 Indonesia Malut United FC.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini
- Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
- Subjudis Atau Tidak Subjudis, Siapa Yang Keliru ?
Skuad Sang Kenari bimbingan Victor Andrag kini hanya sekadar diwakili dua pemain import iaitu penyerang Milos Gordic dari Serbia dan juga Ebenezer Assifuah dari Ghana.
Kedah hilang tiga lagi tonggak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.