Arteta gesa Arsenal kekal konsisten

Arteta gesa Arsenal kekal konsisten

Arteta gesa Arsenal kekal konsisten
ARTETA dan Arsenal buru kejuaraan liga buat kali pertama sejak 2004. FOTO AFP

London: Mikel Arteta berkata, Arsenal perlu ‘melambungkan syiling’ dalam usaha merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris Liverpool selepas dua kali terlepas peluang terbaik bergelar juara Inggeris.

Gunners yang menduduki tangga kedua menjadi naib juara kepada Manchester City sejak dua musim lalu dan kini enam mata di belakang skuad Arne Slot yang berkelebihan satu perlawanan dalam tangan selepas separuh jadual liga berlangsung.

Prestasi merosot pada Oktober dan awal November menyaksikan Arsenal bergelut menduduki kelompok empat teratas dan Arteta hari ini menggesa pemainnya kekal konsisten ketika berkunjung ke Brighton dalam aksi liga malam esok.

“Kami perlu menunjukkan tahap konsistensi yang sama atau lebih kerana tahun lalu kami muncul pasukan terbaik liga, memecah beberapa rekod tetapi masih gagal menjulang trofi utama, jadi ada sesuatu yang hilang,” kata pengendali dari Sepanyol itu.

“Ia akan menjadi sangat sengit, anda boleh memilih perlawanan tertentu dan situasi. Tetapi pada akhirnya, kami sangat rapat dan kami perlu melambungkan syiling ke sebelah lain untuk menjadikan ia berlaku.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenyataan Peguam Negara Menambahkan Kekeliruan


 

“Ia hanya akan berlaku jika kami melakukan apa yang perlu dilakukan dan kami boleh menguasai. Yang lain di luar tangan kami.”

Arsenal memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris pertama mereka sejak 2004 tetapi misi mereka tanpa Bukayo Saka sehingga Mac selepas pemain sayap England itu mengalami kecederaan hamstring ketika menentang Crystal Palace bulan lalu.

Arteta gesa Arsenal kekal konsisten

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker