Lelaki jadikan tandas dalam hutan tempat proses dadah

Lelaki jadikan tandas dalam hutan tempat proses dadah

Lelaki jadikan tandas dalam hutan tempat proses dadah

Georgetown: Polis membongkar kegiatan seorang lelaki yang menjadikan tandas dalam kawasan hutan dekat Cangkat Bukit Gambir, Gelugor di sini, sebagai lokasi memproses dadah jenis heroin dalam satu serbuan semalam.

Serbuan jam 5 petang oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang turut membawa kepada rampasan heroin bernilai RM51,370.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pemeriksaan lanjut turut menemukan pelbagai peralatan dipercayai digunakan bagi pemprosesan dadah.

“Rampasan membabitkan kotak kertas berwarna coklat bertulisan ‘Luzhou Laojiao Touqu’ dengan anggaran seberat 5.35 kilogram.

Mengulas lanjut Abdul Rozak berkata, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan seramai 26,755 penagih dadah sekiranya ia berjaya dipasarkan.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing mendapati supek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Semakan mendapati suspek mempunyai sebanyak 10 rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah.

“Lelaki itu direman selama tujuh hari sehingga 8 Januari ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Lelaki jadikan tandas dalam hutan tempat proses dadah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker