Kematian 4 pengunjung konsert Pinkfish disyaki terbabit dadah ecstasy
Kematian 4 pengunjung konsert Pinkfish disyaki terbabit dadah ecstasy
KUALA LUMPUR: Hasil siasatan awal polis mendapati empat mangsa yang meninggal dunia selepas menghadiri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway di sini, pada ambang tahun baharu disyaki terbabit dalam pengambilan pil dadah jenis ecstasy.
Selain empat mangsa itu, terdapat tiga lagi mangsa lain yang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata ketujuh-tujuh mangsa termasuk yang meninggal dunia juga didapati hadir secara berasingan dan tidak mengenali antara satu sama lain.
“Semua mangsa ini didapati hadir secara berasingan bersama kawan-kawan dan ahli keluarga masing-masing.
“Selain empat mangsa yang sudah meninggal dunia, dua lagi masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala seorang lagi sudah dibenarkan keluar dari hospital,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini
- Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
- Subjudis Atau Tidak Subjudis, Siapa Yang Keliru ?
Hussein berkata, pihaknya mengesahkan menerima enam laporan polis daripada PPUM dan HKL berhubung penerimaan pesakit yang hadir ke konsert berkenaan.
“Kedua-dua hospital ini menerima tujuh pesakit dan semua mereka menunjukkan simptom yang sama.
“Pihak polis membuka empat kertas siasatan kematian mengejut lanjutan kematian ini untuk mengenal pasti sebarang unsur jenayah atau keracunan.
“Sehingga kini sebanyak enam percakapan saksi dirakam selain beberapa pihak lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan termasuklah pihak penganjur konsert dan rakan mangsa,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya masih menunggu laporan analisis toksikologi untuk mengesahkan pengambilan dadah berkenaan termasuk punca kematian.
Sementara itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, di talian 03-78627222 atau tampil ke balai polis berhampiran.
Kematian 4 pengunjung konsert Pinkfish disyaki terbabit dadah ecstasy
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.