Adakah Kerajaan Madani Bergolak Dari Segi Politik.
Adakah Kerajaan Madani Bergolak Dari Segi Politik.
Oleh: Zakaria Mohd
Zahid dan Lim Guan Eng saling bertikam lidah menjadi punca utama Kerajaan Madani bergolak dari segi politik.
Guan Eng dikatakan tidak puas hati kerana UMNO dan PAS mengadakan Perhimpunan Setiakawan untuk Najib pada 6 Januari di Mahkamah Rayuan, Putrajaya.
Ekoran dari itu, Zahid memberi nasihat kepada Lim Guan Eng supaya tidak menyinggung mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan hari ini.
Zahid mengingatkan Lim Guan Eng bahawa zamannya sebagai Setiausaha Agung DAP sudah berlalu.
Beliau berkata, Ahli Parlimen Bagan itu seharusnya memberi kepercayaan kepada pimpinan baru parti berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini
- Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
- Subjudis Atau Tidak Subjudis, Siapa Yang Keliru ?
“Saya fikir saya tak perlulah ulas kerana itu pendapat peribadi beliau.
“Zaman Guan Eng sudah berlalu dan berilah kepercayaan kepada kepemimpinan DAP yang ada sekarang ini, jangan nak menyiku mana-mana sahabat,” kata Zahid.
Kenyataan Lim Guan yang memberi amaran kepada Zahid bahawa kerjasama antara UMNO dan PAS dalam perhimpunan solidariti untuk Najib Razak, pada 6 Januari ini boleh menimbulkan keraguan terhadap kedudukan parti itu dalam kerajaan.
Amaran Lim Guan Eng itu merupakan satu perasaan prejudis terhadap Zahid dan BN.
Bagi DAP, tindakan itu bukan sahaja memberi kesan dari segi kestabilan politik, malah turut menjejaskan keyakinan rakyat terhadap keikhlasan UMNO dalam membentuk kerajaan pada 2022 atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Anwar Ibrahim Dedahkan Salah Guna Kuasa Kerajaan PH 1.0
Perhimpunan pada 6 Januari ini berlangsung serentak dengan pendengaran mengenai Titah Adendum yang berkemungkinan membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara di rumah.
Perhimpunan setiakawan UMNO dan PAS ini juga mencatat sejarah sebagai kerjasama pertama antara kedua-dua parti sejak Muafakad Nasional berakhir pada 2022.
Mengenai Titah Adendum, kepimpinan Anwar dan Kerajaan Madani didapati sedang tercabar setelah Nizar membangkitkan perkara ini untuk pengetahuan umum pada 28 Disember 2024.
Selepas Titah Adendum viral secara meluas menerusi media sosial, kita dapati ada sesetengah pemimpin parti komponen BN telah bersuara dan mengaku alukan supaya Najib dapat ditahan di rumah.
Malangnya, ada sesetengah pemimpin PH terutama DAP sering celupar mengeluarkan kenyataan seolah-olah benci terhadap Najib.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya
- Jihad Membela Fitnah PAS
- RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?
Lim Guan Eng sendiri bukan sahaja tidak setuju supaya Najib ditahan di rumah, tetapi beliau juga mengkritik Zahid yang seiring dengan PAS turun ke lapangan dan berhimpun atas semangat setia kawan.
Kita tahu bahawa Anwar Ibrahim tidak setuju dengan prinsip Mahathir yang menzalimi Najib, namum apa daya beliau terhutang budi dengan jasa DAP punca mantan Perdana Menteri keenam itu terus menjadi mangsa konspirasi.
Bagi Zahid dan UMNO, isu pembebasan Najib adalah satu perjuangan yang tidak akan terhenti.
Dalam konteks ini, perbezaan ideologi politik antara UMNO dengan PAS bukan satu alasan bagi Zahid dan Hadi terus bersengketa.
Syabas kerana PAS akan hadir pada 6 Januari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?
- Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib
- Mungkinkah Wakil Istana Pahang Akan Beri Keterangan Di Mahkamah?
Oleh itu, Guan Eng dan DAP jangan cuba mencampuri urusan.
Kita mengingatkan pemimpin UMNO supaya jangan sampai menggadai maruah dan integriti di samping bertoleransi dengan rakan sekutu dalam Kerajaan Madani.
Anwar sepatutnya menyokong pembebasan Najib
Malah kita juga setuju jika Anwar ingin menangkap dan mendakwa Mahathir kerana didakwa menyeleweng sehingga Batu Puteh menjadi hak milik Singapura – Zakaria Mohd.
Adakah Kerajaan Madani Bergolak Dari Segi Politik.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.