NSFC terus berusaha perkasakan bola sepak NS
NSFC terus berusaha perkasakan bola sepak NS
Seremban: Di sebalik kemelut yang dialami beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga M) terutama membabitkan soal kewangan, Negeri Sembilan FC (NSFC) tampil membuktikan kebolehan mereka menepis segala permasalahan itu.
Kelab berkenaan kini sudah mula memasang cita-cita dan impian tinggi untuk memulakan misi mengikut jejak beberapa kelab hebat tempatan seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC dan Terengganu FC, terutama dari aspek pembangunan masa hadapan.
Walaupun prestasi semasa pasukan Hobin Jang Hobin dalam saingan Liga Super setakat ini tidak begitu memberangsangkan, namun ia tidak mematahkan pengurusan kelab itu untuk terus membangunkan sukan berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif NSFC, Faliq Firdaus menjelaskan bahawa kelab terbabit sudah menetapkan pelan dan hala tuju yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat, termasuk perancangan untuk menubuhkan pusat latihan sendiri.
Katanya, ia sebagai langkah untuk memastikan pembangunan kelab dan bola sepak Negeri Sembilan berjalan dengan lancar terutama dalam menyedia dan membentuk sebuah pasukan di peringkat junior dan senior yang mantap dan berwibawa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini
- Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
- Subjudis Atau Tidak Subjudis, Siapa Yang Keliru ?
“Antara pelan NSFC tahun ini ialah menjadi pengendali padang sintetik PBNS (Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan) di Rahang.
“Ini akan mewujudkan punca pendapatan baharu. Kerja-kerja perolehan lampu limpah juga sedang berlangsung.
“Penajaan bagi Pusat Latihan NSFC juga berjaya diperoleh dan sasaran musim baharu adalah untuk memiliki pusat latihan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, meskipun usaha itu memerlukan pelaburan yang agak besar, namun ia dilihat penting dalam memastikan hala tuju kelab membangunkan bola sepak negeri itu tercapai.
Jelasnya, menerusi kemudahan gimnasium, padang serta beberapa fasiliti lain akan dapat memastikan pemain dapat berada dalam keadaan optimum menjelang hari perlawanan.
“Kami yakin akan mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada pelbagai pihak terutama pemegang taruh dan penyokong dalam merealisasikan impian ini,” katanya.
NSFC terus berusaha perkasakan bola sepak NS
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.