2 maut Perodua Kancil bertembung treler

Oleh -Syeikh Baran

2 maut Perodua Kancil bertembung treler

Warga emas wanita antara dua maut dalam kemalangan selepas kereta yang dinaiki kedua-dua bertembung lori treler di Jalan Pan-Borneo Bukit Song, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, kedua-dua mangsa iaitu Roslind Layun Pad berusia 61 tahun dan Patrick Guya, 48 tahun disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 7.28 malam.

Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Kancil dan treler.

“Pemeriksaan yang dijalankan mendapati terdapat dua orang mangsa yang masih tersepit dalam kereta berkenaan.

“Pasukan bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang mengambil masa selama sejam,” katanya dalam kenyataan.

Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Miri bagi tujuan pemeriksaan dan bedah siasat.

Sumber – HARIAN METRO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker