Penyiasat mohon waran tangkap terhadap Presiden Korea Selatan

Penyiasat mohon waran tangkap terhadap Presiden Korea Selatan

Penyiasat mohon waran tangkap terhadap Presiden Korea Selatan
Gambar edaran Pejabat Presiden Korea Selatan menunjukkan Presiden Yoon Suk Yeol menyampaikan ucapan awam dari kediaman rasminya di Seoul, Korea Selatan. – Foto AFP

SEOUL: Pasukan penyiasat pada Isnin memohon waran tangkap terhadap Presiden Yoon Suk-yeol berhubung pelaksanaan undang-undang tentera yang singkat, menjadikannya presiden Korea Selatan pertama yang berdepan penahanan, lapor agensi berita Yonhap.

Pasukan itu memohon waran atas tuduhan pemberontakan dan penyalahgunaan kuasa selepas Suk-yeol mengabaikan tiga panggilan untuk hadir sesi soal siasat.

Permohonan difailkan di Mahkamah Daerah Barat Seoul pada tengah malam Ahad, menurut pasukan penyiasat yang terdiri daripada Pejabat Siasatan Rasuah bagi Pegawai Berpangkat Tinggi (CIO), polis, dan unit siasatan Kementerian Pertahanan.

Penyiasat mendakwa Suk-yeol mengetuai pemberontakan dan menyalahgunakan kuasanya apabila mengisytiharkan undang-undang tentera pada 3 Disember dan didakwa mengarahkan tentera ke Dewan Perhimpunan Kebangsaan untuk menghalang Ahli Parlimen daripada membatalkan dekri itu.

Suk-yeol menafikan tuduhan itu dan berkata bahawa pengisytiharan undang-undang tentera itu adalah satu ‘tindakan pemerintahan’ untuk memberi amaran kepada parti pembangkang terhadap apa yang disifatkannya sebagai penyalahgunaan kuasa perundangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat


Yun Gap-geun, seorang daripada wakil peguam Suk-yeol berjanji akan mengambil ‘langkah formal’ sebagai tindak balas.

“Ia adalah permohonan oleh agensi yang tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat (tuduhan pemberontakan),” katanya kepada agensi berita Yonhap, merujuk kepada CIO. – BERNAMA-YONHAP

 

Penyiasat mohon waran tangkap terhadap Presiden Korea Selatan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker