Adakah Perbahasan RCI Batu Puteh Di Parlimen Hanya Sekadar Mengalih Perhatian Isu Titah Adendum?
Adakah Perbahasan RCI Batu Puteh Di Parlimen Hanya Sekadar Mengalih Perhatian Isu Titah Adendum?
Di hari terakhir persidangan Dewan Rakyat pada Jumaat lepas, kerajaan telah membentangkan usul mengenai laporan RCI Batu Puteh untuk dibahaskan.
Untuk rekod, menurut laporan RCI Batu Puteh, pihak suruhanjaya telah mengesyorkan agar Dr Mahathir disiasat di bawah siasatan jenayah.
Seksyen yang disyorkan untuk melakukan siasatan ke atas Dr Mahathir adalah Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 417 dan Seksyen 418 kanun yang sama.
Asas kepada siasatan tersebut adalah kerana pihak RCI mendapati terdapat unsur penipuan yang telah dilakukan oleh Dr Mahathir.
Isu tersebut dibahaskan oleh ahli Dewan Rakyat baik dari blok kerajaan, mahu pun blok pembangkang.
Ada antara ahli Dewan Rakyat meminta agar kerajaan mempertimbangkan semula keputusan untuk menyiasat Dr Mahathir.
Namun, majoriti ahli Dewan Rakyat dari blok kerajaan menyokong usul agar laporan polis dibuat agar siasatan dapat dimulakan segera.’
Seperti yang dijangka, bantahan diterima dari ahli Dewan Rakyat blok pembangkang.
Pelbagai hujah dikemukakan.
Pening juga bila melihat ada antara mantan menteri kabinet di era Ismail Sabri beriya-iya membantah supaya laporan polis dibuat.
Sedangkan di era Ismail Sabri, mereka juga yang bersetuju agar pasukan petugas khas (Task Force) ditubuhkan untuk menyiasat isu Pulau Batu Puteh.
Dalam artikata lain, orang yang sama dahulunya bersetuju agar ianya di siasat, kini telah membantahnya.
Apa pendirian mereka sebenarnya?
Perbahasan Di Tangguhkan Tanpa Ada Kata Putus
Paling pelik, apabila Menteri Undang Undang & Reformasi Institusi, Azalina Othman Said, tiba-tiba mohon agar perbahasan ditangguhkan ke satu waktu yang tidak ditetapkan.
Sedangkan ketika itu perbahasan sedang rancak dilakukan.
Ini membuatkan isu tersebut tergantung dan tiada keputusan.
Kalau kesuntukan masa yang menjadi isu, kenapa usul perbahasan tidak dikemukakan dua atau tiga hari lebih awal?
Ada juga yang berpendapat, perbahasan tersebut sengaja diadakan untuk meredakan kehangatan isu titah adendum.
Dalam artikta lain, ianya dijadikan alat untuk mengalih perhatian rakyat dari isu titah adendum kepada isu Pulau Batu Puteh.
Sama ada ianya benar atau tidak, penulis tidak dapat pastikan.
Namun pada pandangan penulis, pendapat tersebut tidak boleh dinafikan begitu sahaja.
Ada asasnya.
Ibarat kata pepatah, bagi orang lemas, tahi pun akan dikatakan pelampung, demi untuk menyelamatkan diri.
Namun, kalau ianya benar, bagi penulis, ia adalah satu sikap yang sangat-sangat tidak bijak dan tidak wajar.
Adakah Perbahasan RCI Batu Puteh Di Parlimen Hanya Sekadar Mengalih Perhatian Isu Titah Adendum?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?
- RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat
- Mungkinkah Wakil Istana Pahang Akan Beri Keterangan Di Mahkamah?
You must be logged in to post a comment.