Mahathir dijangka “lemas” dalam perigi yang digali olehnya sendiri.

Mahathir dijangka “lemas” dalam perigi yang digali olehnya sendiri.

Mahathir dijangka "lemas" dalam perigi yang digali olehnya sendiri.

Oleh: Zakaria Mohd

Usia 99 tahun, jika lemas, bagaimana hendak selamatkan diri?

Jika ada kroni Mahathir di mahkamah, kroni beliau itu terpaksa akur dan terpaksa mengikut keputusan Kerajaan Madani.

Kita yakin, Mahathir dijangka “lemas” dalam perigi yang digali olehnya sendiri.

Sekarang, sila pilih dengan lebih awal, hendak berehat di Sungai Buluh atau di Kajang.

Jika berehat di Kajang, sudah pasti bertemu Najib dan Mahathir bolehlah mengulangi perkataan, “Najib, Najib dan Najib.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Di Canaikan Sistem Pendidikan Negara



DISYORKAN UNTUK ANDA :

Zeti Dan Taufiq Ayman ‘Di Londehkan’ Dalam Mahkamah


Media melaporkan, keputusan untuk menarik balik permohonan semakan dan tafsiran Batu Puteh ketika pentadbiran Mahathir sebagai Perdana Menteri dibuat sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung pada 23 Mei 2018.

Perkara ini didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, keputusan itu sama seperti yang dikemukakan dalam Laporan RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Kini Saifuddin menyifatkan Mahathir ibarat orang lemas yang cuba menyelamatkan diri.

Sebelum PRU14, Mahathir berkawan dengan DAP untuk melancar konspirasi supaya Najib tersungkur.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PPBM Perlis Terus Di Perkotak Katik PAS


Kini DAP enggan berkawan dengan Mahathir dan Mahiaddin.

Apa komen Saifuddin tentang Mahathir yang bakal didakwa selepas ini?

“Perkara itu sudah ada keputusan. Kita rujuk kepada turutan fakta seperti mana dalam laporan RCI bahawa belum ada mesyuarat Kabinet, satu surat sudah dikeluarkan oleh Tun.

“Jadi ini adalah percubaannya untuk mengheret anggota Kabinet macam orang lemas. Orang lemas ini kayu buruk pun dia capai,” kata Saifuddin.

Nampak tak ulasan Saifuddin seperti di atas?



DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan


Menerusi satu media, Mahathir memaklumkan sedia berdepan sebarang siasatan jenayah susulan hasil Laporan RCI itu dengan mendakwa hasil laporan berkenaan adalah bersifat politik untuk memusnahkan imejnya kerana hanya beliau seorang yang dipertanggungjawabkan.

Langkah Kerajaan Madani bukan bersifat politik.

Mahathir jangan fikir seperti tindakan beliau bermotif politik terhadap Najib.

Mahathir memang zalim? Inilah sumpah Najib.

Mantan Perdana Menteri ke 4 itu sekali lagi menegaskan keputusan berhubung Batu Puteh dibuat secara bersama oleh kabinet ketika itu.

Terdahulu, tiga pemimpin kanan PH turut senada apabila menegaskan Mahathir membuat keputusan sendiri berhubung pengguguran rayuan bagi tuntutan Batu Puteh.

Melalui kenyataan bersama, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke berkata, Mahathir hanya memaklumkan kepada kabinet selepas keputusan itu dibuat.

Ketiga-tiga mereka adalah anggota kabinet PH ketika itu dengan Wan Azizah adalah Timbalan Perdana Menteri, manakala Mohamad selaku Menteri Pertahanan dan Loke pula menerajui Kementerian Pengangkutan.

“Ingin kami tegaskan bahawa keputusan untuk tidak meneruskan semakan dan tafsiran sudah dibuat pada 21 Mei 2018 oleh Mahathir sendiri secara bertulis kepada Peguam Cara Negara tanpa merujuk kepada Jemaah Menteri dan juga turut dimaklumkan kepada pihak Singapura pada pagi 23 Mei 2018 sebelum mesyuarat Kabinet pertama diadakan.

“Selang dua hari kemudian, selepas keputusan dibuat, barulah Mahathir memaklumkan Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet. Ingin kami tekankan di sini, ianya hanyalah ‘pemakluman’ di bawah agenda ‘Hal-hal lain’ dan bukannya perbincangan untuk menentukan keputusan,” katanya.

Tambah tiga pemimpin kanan PH itu, tidak wujud isu sama ada sesiapa membantah atau menyokong kerana ruang untuk membuat keputusan sudah hilang apabila ia dibuat secara bertulis oleh Mahathir.

“Sebagai negarawan, kami berpandangan Dr Mahathir sepatutnya mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas keputusan ini dan bukannya memilih untuk meletakkan di bahu mereka yang tidak terbabit.

“Kami yakin dan percaya anggota Jemaah Menteri yang hadir dalam Mesyuarat Kabinet pada 23 Mei 2018 boleh mengesahkan perkara ini,” katanya.

Adakah audience nampak? Mahathir seperti diktator kerana mementingkan keputusan yang dibuat dengan kuasa veto.

Ayahanda Tun! Sila insaf – Zakaria Mohd.

Mahathir dijangka “lemas” dalam perigi yang digali olehnya sendiri.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker