200 hilang tempat tinggal, 43 rumah hangus terbakar di Kudat
200 hilang tempat tinggal, 43 rumah hangus terbakar di Kudat
Kira-kira 200 penghuni hilang tempat tinggal selepas 43 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Kapur, Kudat, awal pagi tadi.
Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian sekitar 2.20 pagi itu.
Kebakaran itu dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum api merebak memusnahkan rumah lain.
Difahamkan, kebanyakan penghuni sedang tidur ketika kejadian dan gagal menyelamatkan harta benda masing-masing menyebabkan sebahagian besar mereka tinggal sehelai sepinggang.
Jurucakap Bomba Sabah ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.28 pagi.
Katanya, seramai 21 anggota termasuk pegawai bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat dan Kota Marudu dikejarkan ke lokasi kebakaran.
“Kebakaran membabitkan 43 rumah jenis tidak kekal dengan keluasan 202 meter persegi terbakar sepenuhnya.
“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran dengan empat pancutan dari jentera bomba dan sumber air diperolehi dari pili bomba berhampiran,” katanya.
Menurutnya, operasi berjaya dikawal pada 4.21 pagi dan tamat sepenuhnya pada 6.43 pagi.
“Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan pasukan bomba,” katanya. FMT
200 hilang tempat tinggal, 43 rumah hangus terbakar di Kudat
Baca Artikel Menarik:
- Rais Hussin umum keluar Bersatu
- Sindiran Sanusi dan TMJ semakin panas
- Adakah 12 menteri PN sudah tak sokong Ismail Sabri?
- 37 terbunuh dalam insiden tembakan pusat jagaan kanak-kanak
- Sanusi gagal dan koyak – Bekas exco
- Sebaldi gigi emas ditemui dalam bilik seksaan di Ukraine
- Siasat penyebaran laporan siasatan buku Tommy Thomas
- Deepak ‘bungkus’ lagi, Mahkamah Persekutuan tolak samannya terhadap Najib dan Rosmah
- Mahathir cuba ‘mengajar’ Jabatan Peguam Negara?
- Awie kesal didakwa punca kerosakan akhlak rakyat Kelantan
- Orang Laos tolong korek terowong untuk rakyat Malaysia lari
- Menteri PN guna istana bantah PRU-15
- Kain kapan jenazah terkeluar akibat tanah runtuh tepi kubur
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip
You must be logged in to post a comment.