Zeti Dan Taufiq Ayman ‘Di Londehkan’ Dalam Mahkamah

Zeti Dan Taufiq Ayman 'Di Londehkan' Dalam Mahkamah

Zeti Dan Taufiq Ayman ‘Di Londehkan’ Dalam Mahkamah

 

Nama mantan Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz, dan suami beliau, Taufiq Ayman, kembali menjadi hangat di dalam perbicaraan kes 1MDB.

Dalam kenyataan membela diri, bekas Perdana Menteri ke VI, DS Najib, membangkitkan nama kedua-dua mereka ketika membuat kenyataan membela diri.

Menurut DS Najib, kelulusan ‘segera’ oleh Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap pindahan luar negara sebanyak USD1 bilion dana 1MDB mungkin mempunyai kaitan dengan rasuah melibatkan ahli keluarga bekas gabenor bank pusat itu.

“Transaksi itu mungkin berkaitan dengan rasuah yang dikatakan dibayar kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan suami bekas gabenor BNM, Taufiq Ayman.”

“Ianya telah didedahkan oleh bekas pegawai bank Tim Leissner dalam prosiding mahkamah di New York.”

“Saya mendapat tahu semasa perbicaraan ini bahawa Jho Low mengarahkan (firma guaman) Sherman & Sterling membayar lebih USD6.9 juta kepada Iron Rhapsody milik Tawfiq Aiman.”

“SPRM enggan meneruskan kes terhadap Tawfiq atau Zeti berhubung perkara itu.”

“Ia menjadikan mereka tidak menanggung sebarang bentuk akauntabiliti.”

“Sebaliknya, saya menjadi sasaran.”

“BNM sepatutnya bertanya tentang destinasi wang itu.”

“Kerana penerimanya asyik berubah dan pembayaran dana telah diubah.”

“Sehingga kini, tiada tindakan diambil terhadap Zeti, yang merupakan gabenor BNM pada masa itu.”

“Atau suaminya, Tawfiq Ayman, walaupun terdapat bukti jelas penglibatan mereka.”

“Ketidaksamaan yang ketara ini menonjolkan agenda pendakwaan politik yang disengajakan terhadap saya.”

“Yang dicirikan oleh siasatan berat sebelah dan tidak adil.”

“Serta keputusan terancang untuk melindungi individu lain yang terlibat dalam rancangan Jho Low.”

“Ttermasuk Zeti dan suaminya, daripada bertanggungjawab,” jelas DS Najib.

Kenyataan Zeti Bercanggah Dengan Dapatan Perbicaraan Dalam Mahkamah Di New York

 

Dalam keterangan sebagai saksi pendakwaan kes 1MDB sebelum ini, Zeti menafikan penglibatan suaminya dalam skandal 1MDB.

Beliau mendakwa keluarganya tidak pernah menerima wang daripada Jho Low.

Malah beliau mencabar supaya dibuktikan suaminya mendapat duit dari Jhon Low.

Namun dalam kenyataan perbicaraan Mahkamah Daerah Timur New York, bekas jurubank Goldman Sachs, Tim Leissner mendakwa suami Zeti menerima sogokan untuk membolehkan berbilion dolar dipindahkan ke Malaysia dalam tempoh semalaman.

Malah SPRM sendiri mengesahkan suami Zeti telah memulangkan semula duit sebanyak RM31,326,697.05 dari suami Zeti.

Bukti apa lagi yang Zeti mahukan?

 

Zeti Dan Taufiq Ayman ‘Di Londehkan’ Dalam Mahkamah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker