Struktur baharu Harimau Malaya bakal cetus fenomena, atasi Indonesia
Struktur baharu Harimau Malaya bakal cetus fenomena, atasi Indonesia
Kuala Lumpur: Perubahan struktur skuad Harimau Malaya bakal mencetuskan ‘fenomena’ hingga mampu mengatasi pencapaian pasukan Indonesia yang diterajui Pengerusi Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia, Erick Thohir.
Keyakinan itu disuarakan bekas penolong pengurus skuad Harimau Malaya, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar yang mengikuti rapat berkaitan struktur baharu pasukan kebangsaan sambil menyatakan bahawa perubahan besar bakal meletakkannya di tahap lebih tinggi.
Beliau berkata, perubahan besar yang diusahakan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail itu cukup dinantikan penyokong bola sepak tanah air yang mengharapkan skuad Harimau Malaya mampu mencipta kejayaan lebih gemilang pada penyertaan di kejohanan akan datang.
“Macam saya katakan bahawa kita mengikuti rapat apa yang bakal diumumkan 15 atau 18 Disember ini. Pengumuman itu akan mencetuskan fenomena untuk bola sepak tanah air.
“Saya percaya apa yang sedang diusahakan itu dan dilakukan oleh Tunku Mahkota Ismail akan mencetuskan fenomena yang baik untuk bola sepak tanah air.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
- Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker
-
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?
“Kita mungkin akan lebih gempak atau baik daripada apa yang dilakukan oleh Erick Thohir,” katanya.
Terdahulu, Arena Metro melaporkan bahawa perubahan besar-besaran dalam sistem pengurusan skuad Harimau Malaya tampaknya semakin hampir direalisasikan apabila Tunku Mahkota Ismail berkongsi struktur baru yang akan digunakan dalam masa terdekat.
Menerusi satu perkongsian di laman sosial milik bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu malam tadi, terdapat susun atur penyusunan setiap bahagian babitkan skuad kebangsaan.
Kelihatan, kemungkinan selepas ini skuad negara akan mempunyai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang sebenarnya satu jawatan yang tidak pernah diwujudkan oleh mana-mana pasukan di seluruh dunia, di mana secara normal sesebuah pasukan kebangsaan diketuai sepenuhnya oleh Presiden badan induk.
Perkongsian itu turut memaparkan carta organisasi beberapa posisi lain seperti Penasihat Sukan, Pengarah Teknikal, Ketua Jurulatih dan lain-lain.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib
- Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1MDB Dalam Mahkamah?
- Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
Ini seolah memberi bayangan bahawa penswastaan skuad kebangsaan yang diura-urakan sebelum ini semakin hampir untuk dilaksanakan bagi merevolusikan pasukan Harimau Malaya.
Malah beberapa bulan lalu, Tunku Ismail sendiri pernah menulis di laman sosialnya meminta peminat bola sepak negara menunggu pada bulan Disember ini untuk satu pengumuman penting yang akan diumumkan kelak.
Struktur baharu Harimau Malaya bakal cetus fenomena, atasi Indonesia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET