Karya seni ‘pisang lekat pada dinding’ terjual RM29 juta
Karya seni ‘pisang lekat pada dinding’ terjual RM29 juta
New York: Pisang segar yang dilekatkan pada dinding – karya seni konseptual yang provokatif oleh artis visual dari Itali, Maurizio Cattelan – terjual pada harga AS$6.2 juta (kira-kira RM29 juta).
Ia dibeli oleh seorang usahawan mata wang kripto di lelongan di New York, kata rumah lelongan Sotheby’s dalam satu kenyataan.
Karya seni boleh dimakan yang berjudul “Comedian” (Pelawak) itu kali pertama dipamerkan di pameran seni Art Basel di Miami pada 2019.
Ia mencetuskan kontroversi dan menimbulkan persoalan sama ada ia harus dianggap sebagai seni – sama seperti matlamat asal Cattelan.
Pengasas kripto kelahiran China, Justin Sun pada Rabu membelanjakan lebih daripada AS$6 juta untuk buah itu dan jalur tunggal pita pelekat peraknya, yang mula dijual pada harga AS$120,000 (kira-kira RM564,000), lima tahun lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
- Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker
-
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?
Jualan itu menampilkan tujuh pembeli berpotensi dengan rumah lelongan itu mengeluarkan harga panduan AS$1 juta (kira-kira RM4.7 juta) – AS$1.5 juta (kira-kira RM7 juta) sebelum bidaan.
Memandangkan jangka hayat pisang, Sun pada dasarnya membeli sijil ketulenan bahawa karya itu dicipta oleh Cattelan, serta arahan berhubung cara menggantikan buah itu apabila ia rosak.
Karya yang dilelong pada hari Rabu adalah pusingan ketiga – dengan pisang pertama dimakan oleh artis persembahan, David Datuna, yang berkata dia berasa “lapar” semasa memeriksanya di pameran Miami itu.
Selain karya pisang itu, Cattelan juga terkenal kerana menghasilkan tandas emas 18 karat, berfungsi sepenuhnya yang dipanggil “Amerika” yang pernah ditawarkannya untuk dipinjamkan kepada Donald Trump semasa penggal pertamanya di Rumah Putih.
Karya seni ‘pisang lekat pada dinding’ terjual RM29 juta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.