Hajat angkat pukat tidak kesampaian, warga emas ditemui lemas

Hajat angkat pukat tidak kesampaian, warga emas ditemui lemas

Hajat angkat pukat tidak kesampaian, warga emas ditemui lemas
Zamani Chik, 55, menunjukkan gambar arwah ayahnya Chik Mamat, 76, yang ditemui meninggal dunia selepas keluar mengangkat pukat berdekatan kilang sawit di Jerangau Barat, Ajil. – Foto NSTP/NAZDY HARUN

KUALA BERANG: Hajat seorang warga emas mengangkat pukat yang dipasang kelmarin tidak kesampaian apabila ditemui meninggal dunia berdekatan kilang sawit di Jerangau Barat, Ajil di sini, pagi tadi.

Anak mangsa, Zamani Chik, 55 berkata, arwah bapanya, Chik Mamat, 76, keluar dari rumah kira-kira jam 7 pagi menuju ke kawasan anak sungai untuk memeriksa pukat yang dipasang pada malam Selasa.

Menurutnya, setiap kali tibanya musim tengkujuh bapanya yang juga seorang peneroka akan ke anak sungai di kawasan itu untuk memasang pukat dan hasil yang diperoleh akan dijadikan hidangan seisi keluarga.

Katanya, bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum ditemukan meninggal dunia pagi tadi oleh orang awam.

“Ayah saya ini dia memang minat menangkap ikan dan setiap kali tiba musim tengkujuh dia akan memasang pukat dan keesokan harinya akan kembali ke lokasi itu untuk memeriksa hasil yang diperoleh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?


“Penduduk kampung memaklumkan kejadian yang menimpa ayah kepada saya kerana kebetulan ketika itu ada penduduk yang ke lokasi sama untuk memasang pukat,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu, di sini, hari ini.

Difahamkan penduduk kampung menemui jasad ayah di lokasi kejadian yang terletak lima kilometer (km) dari rumah di Felda Jerangau Barat, dekat sini.

Zamani berkata, mungkin pada waktu memeriksa pukat yang dipasang arwah ayah mengalami kekejangan kaki atau tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai.

Sementara itu, seorang penduduk, Mohd Zakhiri Yusof, 40, berkata, dia antara individu terawal menarik mayat mangsa sebaik dijumpai terapung di sungai berkenaan.

“Waktu sampai di kawasan itu kira-kira jam 8.45 pagi seorang rakan memberitahu terlihat seperti mayat terapung kira-kira 50 meter dari kawasan daratan.

“Saya kemudian menghubungi seorang lagi rakan dan baru saya tahu bapa kepada penduduk Felda Jerangau Barat, yang pergi memukat di anak sungai itu pagi tadi.

“Saya serta beberapa penduduk kampung lain mengambil masa kira-kira 30 minit untuk bawa naik mayat mangsa ke darat,” katanya.

Terdahulu, polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat seorang lelaki pada jam 9.40 pagi.

Mayat, Chik Mamat, 76, yang juga peneroka di FELDA Jerangau Barat, ditemukan lemas dalam anak sungai di belakang sebuah kilang sawit.

Ketika kejadian, kedalaman air kira-kira satu meter dan kita mengeluarkan mayat dengan bantuan orang ramai.

Hajat angkat pukat tidak kesampaian, warga emas ditemui lemas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker