Perkhidmatan kereta api akan ditutup empat hari kerana mogok

Perkhidmatan kereta api akan ditutup empat hari kerana mogok

Perkhidmatan kereta api akan ditutup empat hari kerana mogok
GAMBAR HIASAN

Sydney: Perkhidmatan rangkaian kereta api di Sydney akan ditutup sepenuhnya selama empat hari mulai Khamis kerana pekerja rangkaian itu bersedia untuk melancarkan mogok di tengah-tengah pertikaian gaji dengan kerajaan negeri, kata kerajaan New South Wales (NSW) pada Selasa, lapor Xinhua.

Pihak berkuasa memberi amaran bahawa akan berlaku gangguan besar bagi berjuta-juta penumpang di seluruh Sydney antara Khamis dan Ahad selepas rundingan saat akhir dengan Kesatuan Kereta Api, Trem dan Bas (RTBU) untuk mengelak tindakan mogok gagal.

“Malangnya, pada peringkat ini, maklumat yang kami perolehi menunjukkan bahawa perkhidmatan itu tidak akan beroperasi antara Khamis dan Ahad minggu ini,” kata Menteri Pengangkutan NSW Jo Haylen kepada pemberita.

“Kita perlu jelas bahawa ini akan menyebabkan gangguan besar kepada berjuta-juta orang yang bergantung pada perkhidmatan ini.”

RTBU telah menuntut kenaikan gaji sebanyak 32 peratus dalam tempoh empat tahun untuk 14,000 pekerja rel Sydney dan bahawa kerajaan negeri komited untuk mengendalikan semua laluan kereta api Sydney 24 jam sehari pada hujung minggu, satu langkah yang menurut kerajaan akan membawa kepada kegagalan rangkaian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?


Kerajaan sebaliknya menawarkan untuk menjalankan perkhidmatan hujung minggu 24 jam dari Sydney barat melalui daerah pusat perniagaan ke pinggir utara bandar itu, yang ditolak kesatuan itu.

Sebagai tambahan kepada semua laluan pinggir bandar Sydney, penutupan juga akan menjejaskan kereta api antara bandar, menghalang pekerja bandar yang tinggal di luar Sydney daripada berulang-alik ke tempat kerja dengan kereta api.

Kerajaan berkata, ia akan melihat untuk meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam lain untuk mengimbangi penutupan itu tetapi Transport NSW berkata ia tidak akan dapat menjadualkan bas khas untuk semua acara sukan dan muzik utama pada hujung minggu.

Perkhidmatan kereta api akan ditutup empat hari kerana mogok


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker