NFDP A pertahan kejuaraan B-12

NFDP A pertahan kejuaraan B-12

NFDP A pertahan kejuaraan B-12
AKSI pemain NFDP A (jersi merah) ketika menentang Pattaya United dalam kategori B-12 Piala Supermokh 2024, hari ini.

Kuala Lumpur: Skuad Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) A muncul juara kategori Bawah 12 Tahun (B-12) Piala Supermokh 2024 selepas menewaskan Pattaya United, 1-0, hari ini.

Turun dengan misi mempertahankan gelaran kejuaraan musim lalu, skuad muda negara bermula garang menerusi beberapa gerakan yang menguji penjaga gawang lawan, Krhomkt Mangkasat.

Pemain tumpuan yang juga penyerang berbisa NFDP A, Badrul Hazim Hazmi terus memainkan peranannya mengucar-kacirkan benteng pertahanan lawan menerusi gerakan larian solo.

Usaha berterusan tuan rumah memburu gol akhirnya terhasil di penghujung masa kecederaan separuh masa pertama menerusi jaringan Muhammad Adam Zharif Zakaria pada minit ke-32.

Gol berpunca daripada tindakan pantasnya yang menyambung hantaran rakan sepasukan sebelum merembat menewaskan Krhomkt Mangkasat untuk kedudukan 1-0 sebelum rehat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?


Memasuki babak kedua, Pattaya United dilihat banyak menyerang hingga menyebabkan NFDP A lebih banyak bertahan.

Beberapa percubaan berbahaya menerusi ketua pasukan Pattaya United, Jirapat Tespan berjaya diatasi penjaga gawang NFDP A, Ahmad Faiq Furqun Ahmad Faisal yang bertindak cemerlang memastikan gawang tidak bocor.

Tahap disiplin tinggi dan pertahanan kental dipamerkan anak didik Abdul Ghani Malek memastikan keputusan 1-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Sementara itu bagi penentuan tempat ketiga dan keempat kategori sama, Akademi JDT menewaskan NFDP B 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan.

NFDP A pertahan kejuaraan B-12


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker