Polis buru lelaki cederakan OKU di Dataran Shah Alam
Polis buru lelaki cederakan OKU di Dataran Shah Alam
SHAH ALAM: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memukul sehingga mencederakan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Dataran Shah Alam 10 November lalu, yang tular baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata dalam kejadian 9 malam itu, mangsa berusia 48 tahun berada dalam kereta seorang diri di kawasan berkenaan sebelum didatangi suspek yang bertindak menghalau mangsa.
Beliau berkata, susulan itu terjadi pertengkaran sehingga berlaku pergelutan antara kedua-dua lelaki warga tempatan itu.
“Semasa kejadian, suspek terlebih dahulu bertindak memukul mangsa dengan tangan sebelum mangsa membalas pukulan suspek.
“Kejadian telah dileraikan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib
- Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1MDB Dalam Mahkamah?
- Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
“Dalam kejadian itu, mangsa yang juga pemegang kad OKU mental mengalami kesan calar pada bahagian lengan kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Iqbal berkata , mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah Insp Nor Idayu Abdul Aziz di talian 019-9459062.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda tidak melebihi RM2,000 jika sabit kesalahan.
Polis buru lelaki cederakan OKU di Dataran Shah Alam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
- Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker
-
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?
You must be logged in to post a comment.