Budak 10 tahun hilang tergelincir tepi longkang

Budak 10 tahun hilang tergelincir tepi longkang

Budak 10 tahun hilang tergelincir tepi longkang
Foto hiasan

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dilaporkan hilang selepas tergelincir ketika bermain di tepi longkang sewaktu hujan di kawasan sebuah flat berhampiran Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda di sini, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan I Nordatul Badrol Abd Rahman, berkata operasi menyelamat mangsa dimulakan selepas menerima panggilan kecemasan jam 3.37 petang.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati berlaku kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun hilang ketika bermain di longkang sewaktu hujan.

“Kedalaman longkang kira-kira 3.9 meter dan lebar kira-kira 6.7 meter. Paras air ketika mangsa hilang adalah 2.43 meter. Operasi pencarian secara permukaan dilakukan di sekitar kawasan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

“Mangsa kemudian dibawa arus deras terus ke longkang besar. Maklumat awal kejadian ini disahkan oleh dua rakan mangsa yang ketika itu mengejar mangsa di atas tebing sebelum PKO tiba di lokasi.

“Pencarian bermula dari tempat mangsa jatuh hingga ke Sungai Sekudai, Kampung Usaha Jaya. Pencarian kedua adalah dengan bantuan bot penduduk kampung untuk mencari di kawasan muara berdekatan perangkap sampah,” katanya operasi itu masih diteruskan.

Budak 10 tahun hilang tergelincir tepi longkang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker