Kalung berlian misteri terjual lebih RM21 juta

Kalung berlian misteri terjual lebih RM21 juta

Kalung berlian misteri terjual lebih RM21 juta
Kalung berlian misteri itu ditampilkan kepada umum buat kali petama dalam 50 tahun. FOTO Reuters

Geneva: Kalung berlian misteri yang dikaitkan dengan skandal kejatuhan ratu terakhir Perancis, Marie Antoinette, dijual pada harga AS$4.8 juta (RM21.51 juta) pada acara lelongan di Geneva, semalam.

Permata abad ke-18 yang mengandungi kira-kira 300 karat berlian itu pada asalnya dianggarkan dijual pada jualan Sotheby’s Royal and Noble Jewels, pada harga antara AS$1.8 hingga AS$2.8 juta (RM8.07 juta hingga RM13 juta).

Bagaimanapun, selepas bidaan, harganya meningkat pada AS$4 juta (RM17.92 juta) dan Sotheby’s menyenaraikan harga akhir selepas cukai dan komisen pada AS$4.81 juta (RM21.55 juta).

Pengerusi Jabatan Barang Kemas Sotheby, Andres White Correal berkata, pembeli tidak dikenali itu yang membuat tawaran menerusi telefon bimbit.

Beliau berkata, perhiasan itu mungkin dicipta dalam dekad sebelum Revolusi Perancis.

“Permata itu berpindah daripada keluarga kepada keluarga.

“Ia mungkin bermula pada awal abad ke-20 apabila ia adalah sebahagian daripada koleksi Marquesses of Anglesey,” katanya.

Sotheby berkata, kalung itu terdiri daripada tiga baris berlian yang dihias dengan jumbai berlian pada setiap hujungnya, muncul ‘secara ajaib’ daripada koleksi peribadi individu Asia, dan ditampilkan kepada umum buat kali pertama dalam tempoh 50 tahun.

Sotheby’s berkata, berkemungkinan beberapa berlian yang dipaparkan dalam kepingan itu berasal dari rantai leher terkenal dari skandal yang menyelubungi Marie.

Kalung berlian misteri terjual lebih RM21 juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker