Jerman keluar amaran ancaman keganasan pada Pesta Bulan Penuh di Thailand
Jerman keluar amaran ancaman keganasan pada Pesta Bulan Penuh di Thailand
Bangkok: Kedutaan Jerman di Bangkok telah mengeluarkan amaran perjalanan kepada pelancong yang merancang untuk melawat Pulau Koh Phangan di Thailand menjelang Pesta Bulan Penuh yang akan diadakan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Amaran kedutaan itu dibuat berikutan laporan mengenai potensi ancaman pengganas yang secara khusus menyasarkan warga Israel di acara popular berkenaan.
Menurut laman sesawang kedutaan, beberapa hari kebelakangan ini, terdapat “petunjuk mengenai kemungkinan serangan pengganas” yang menyasarkan acara itu serta festival muzik dan perhimpunan lain yang melibatkan ramai warga asing di seluruh Thailand.
Kedutaan itu berkata pelancong di Thailand dinasihatkan supaya mengelakkan Pesta Bulan Penuh dan acara seumpamanya pada masa ini.
Sementara itu, pasukan keselamatan di Wilayah Surat Thani memberi jaminan bahawa Koh Phangan selamat dan menolak laporan ancaman itu sebagai tidak berasas, lapor akhbar Bangkok Post.
Bagaimanapun, polis memaklumkan bahawa mereka tetap mempertingkatkan langkah keselamatan di pulau berkenaan.
Pesta Bulan Penuh yang diadakan di Pantai Haad Rin sejak akhir 1980-an telah menjadi tarikan global, dengan kehadiran sehingga 30,000 pengunjung dari seluruh dunia.
Jerman keluar amaran ancaman keganasan pada Pesta Bulan Penuh di Thailand
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
- Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker
-
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.