Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah

Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah

Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah

 

Baru-baru ini, melalui akaun rasmi beliau di Facebook, Dr Mahathir mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Razarudin Husain.

Razarudin sebelum ini mengeluarkan SOP kepada pegawai polis yang menjadi pengawal peribadi VVIP agar tidak mematuhi arahan yang bertentangan dengan undang-undang.

Dr Mahathir persoalkan, apakah pegawai polis yang menjadi pengawal peribadi boleh mengingkari arahan dari VVIP yang melanggar undang-undang.

“Saya gembira IGP telah memberi amaran kepada anggota polis yang mengiringi VVIP bahawa mereka bukannya kebal daripada undang-undang.”

“Jika mereka melakukan sesuatu kesalahan, sesuatu yang melanggar  undang-undang, mereka boleh dihukum.”

“Saya beranggapan jika mereka diarahkan oleh VVIP untuk melakukan sesuatu yang tidak mengikut undang-undang, mereka harus menolak.”

“Tetapi bolehkah mereka?”

“Adakah mereka telah diberitahu bahawa mereka boleh berbuat demikian?”

“Bolehkah IGP jelaskan perkara ini?”

“Saya percaya bahawa kecenderungan umum ialah pengawal peribadi polis melakukan apa yang disuruh.”

“Adalah tidak adil jika mereka tidak diarahkan untuk mengingkari arahan yang jelas bertentangan dengan undang-undang.”

“Bagaimana jika VVIP memberi jaminan bahawa dia akan melindungi pengawal peribadi polis itu?”

“Bagaimana jika VVIP mengarahkan pengawal peribadi polis supaya tidak mendedahkan siapa yang mengarahkannya.”

“Adalah tidak adil jika anggota polis itu dihukum kerana melaksanakan perintah yang dia yakin dirinya akan dilindungi.”

“Pengiring polis sepatutnya mempunyai hak untuk mendedahkan maklumat seperti orang lain.”

“Ia tidak begitu mudah,” menurut satu kenyataan dalam akaun Facebook Dr Mahathir.

Dr Mahathir lupa, ini bukan lagi era di mana seorang perdana menteri atau bekas perdana menteri berada di atas undang-undang.

Dan sekarang juga bukan zaman di mana seorang yang berpengaruh boleh mengawal sepenuhnya badan penguatkuasa.

Zaman itu sudah berlalu.

Badan berkuasa sekarang mempunyai integriti dan kredibiliti yang tinggi untuk pertahankan kedaulatan undang-undang negara.

Rasanya eloklah Dr Mahathir jangan mencampuri urusan pentadbiran negara, duduk sahaja diam-diam di rumah.

 

Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker