Pemandu lori kontena terbalik hempap kereta ditahan

Oleh – Syeikh Baran

Pemandu lori kontena terbalik hempap kereta ditahan

Polis menahan pemandu lori yang mengakibatkan kontena dibawanya terbalik dan menghempap dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Tengah, di sini, hari ini.



Dalam kejadian 9.15 pagi itu, wanita berusia 21 tahun maut di lokasi kejadian, manakala lelaki berusia 25 tahun parah dan dirawat di Hospital Bukit Mertajam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris, berkata, permohonan reman ke atas pemandu berusia 51 tahun itu akan dibuat di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam esok.

“Dia ditahan untuk siasatan dan setakat ini, ujian saringan air kencing dijalankan mendapati negatif alkohol,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Helmi berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Terdahulu, katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika lima kereta dan lori menunggu giliran untuk bergerak di persimpangan lampu isyarat.

“Bagaimanapun tiba-tiba sebuah treler dari Jalan Bukit Tengah telah membelok ke kiri, masuk ke Jalan Bukit Sireh dan hilang kawalan yang menyebabkan muatan kontena dibawa telah menghempap dua kenderaan yang sedang berhenti.

“Sebelum itu, kenderaan berkenaan sempat mengundur dan melanggar tiga kereta lain dan lori,” katanya.

Beliau meminta saksi awam yang melihat kejadian untuk tampil ke balai trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah bagi membantu siasatan.



Maklumat lanjut boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Mohd Shahid Othman di talian 017-2670543.

Sumber – HARIAN METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker