Letusan Lewotobi: Lebih 2,000 bangunan, infrastruktur musnah

Letusan Lewotobi: Lebih 2,000 bangunan, infrastruktur musnah

Letusan Lewotobi: Lebih 2,000 bangunan, infrastruktur musnah
Gunung Lewotobi Laki Laki mengeluarkan debu dan asap yang dapat dilihat dari kampung Lewolaga di Titihena, Nusa Tenggara Timur. FOTO AFP.

Jakarta: Kerajaan Indonesia akan melaksanakan program pembinaan semula dan pemulihan di kawasan yang musnah akibat letusan Gunung Lewotobi di provinsi Nusa Tenggara Timur, umum seorang menteri pada Rabu, lapor Xinhua.

Lebih 2,000 rumah, bangunan dan infrastruktur lain musnah sejak letusan pertama Gunung Lewotobi pada 4 Nov yang mengakibatkan 10 orang terkorban, 63 cedera dan hampir 4,000 penduduk terpaksa berpindah.

“Kami komited untuk meyakinkan penduduk yang terjejas oleh bencana, kami akan melaksanakan program pembinaan semula dan pemulihan yang menyeluruh,” kata Menteri Koordinasi Infrastruktur dan Pembangunan Wilayah Agus Harimurti Yudhoyono.

“Kita mesti memastikan bahawa mereka yang kehilangan rumah atau harta benda lain menerima penyelesaian sama ada pembinaan semula, pemulihan atau skim alternatif,” kata Yudhoyono kepada wartawan di Pusat Konvensyen Jakarta.

*Bagi mempersiapkan pelaksanaan rancangan berkenaan, Yudhoyono berkata, beliau bekerjasama dengan Menteri Perumahan dan Penempatan, Maruarar Sirait.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1MDB Dalam Mahkamah?


 

“Menteri Sirait akan melawat kawasan yang terjejas oleh letusan hari ini atau esok untuk menilai secara langsung sejauh mana kerosakan sebelum kami mengambil langkah strategik,” kata Yudhoyono.

Setakat Rabu, Gunung Lewotobi terus meletus dan lebih 13,000 penduduk mendapatkan perlindungan kerana zon bahaya dilanjutkan hingga sembilan kilometer.

Agensi pengurusan dan mitigasi bencana tempatan menubuhkan sekurang-kurangnya tiga pusat pemindahan yang dilengkapi dengan kemudahan kesihatan, logistik dan bekalan penting untuk mangsa, menurut Richard Felt, seorang pegawai kanan di agensi itu.

Gunung Lewotobi, setinggi 1,584 meter, merupakan antara 127 gunung berapi aktif di Indonesia.

Letusan Lewotobi: Lebih 2,000 bangunan, infrastruktur musnah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker