Tun Daim Meninggal Dunia

Tun Daim Meninggal Dunia

Tun Daim Meninggal Dunia

 

Bekas menteri kewangan Daim Zainuddin meninggal dunia di Hospital Assunta di Petaling Jaya, pagi ini.

Berita itu telah disahkan sendiri oleh peguam beliau, Gurdial Singh Nijar.

Allahyarham meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Ya, Benar dia meninggal dunia.”

“Pengebumian dibuat pagi ini.”

“Dia mengalami strok baru-baru ini dan diletakkan di unit rawatan rapi (ICU).”

“Belum ada maklumat lanjut (mengenai punca kematian beliau),” jelas Gurdial Singh Nijar.

Daim berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dua kali.

Kalinpertama dari 1984 hingga 1991 di bawah pentadbiran bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Di mana beliau memainkan peranan penting dalam mengurus ekonomi Malaysia dan melaksanakan pelarasan struktur.

Beliau kemudian kembali untuk penggal kedua dari 1999 hingga 2001 sekali lag.

Juga di bawah Dr Mahathir, untuk menangani isu ekonomi berikutan krisis kewangan Asia.

Namun pada awal tahun ini, pihak SPRM sudah mendapat kebenaran dari Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa Dain di bawah AMLA.

Pihak penulis mengucapkan salam takziah ke atas keluarga Allahyarham Daim Zainuddin di atas pemergian beliau buat selama-lamanya.

Semuga Allah SWT mengampuni dosa beliau dan menempatkan roh beliau di kalangan roh hambaNya yang dirahmati.

Walau apa pun dakwaan yang beliau hadapi sekarang, kita tidak boleh menafikan jasa yang telah beliau berikan kepada negara sepanjang perkhidmatan beliau.

Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada roh Allahyarham Daim Zainuddin.

 

Tun Daim Meninggal Dunia

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker