Suspek utama kes buli di UPNM diambil keterangan di IPD Cheras
Suspek utama kes buli di UPNM diambil keterangan di IPD Cheras
KUALA LUMPUR: Polis memanggil suspek utama kes buli seorang pelatih tahun satu, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Kem Sungai Besi, petang semalam.
Suspek yang juga pelatih tahun tiga UNPM dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, untuk dirakam percakapan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, suspek dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan.
“Kami sudah merekodkan keterangannya berhubung siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
“Pada masa ini tumpuan polis adalah menyiasat kes ini secara lebih terperinci selepas laporan dibuat pada Jumaat lalu,” katanya ketika dihubungi BH hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara Mimpi Dan Fantasi Haji Hadi
- Sudah Sampai Masanya Akar Umbi Bangkit Untuk Bela Najib
- Kem Hamzah Terkulai Dalam Pemilihan BERSATU
Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
Beliau berkata, sehingga malam tadi pihak polis sudah merekodkan keterangan daripada 15 individu termasuk suspek dan mangsa yang berusia 19 tahun.
“Kami menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian ini.
“Biar pihak polis menjalankan siasatan secara menyeluruh,” katanya.
Kejadian buli kedua ini berlaku sehari sebelum seorang pelatih UPNM tahun dua ditekap seterika pada tubuhnya oleh seorang pelatih tahun empat universiti sama.
Dalam kejadian jam 10.45 malam pada 21 Oktober ini, pelatih tahun satu dilaporkan mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak pelatih tahun tiga.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Fahamkah Pemimpin UMNO Dengan Sindiran Najib?
- Mungkin Sekarang Ini Ada Pemimpin UMNO Sedang Ketawa Besar
- Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?
Demokrasi Dalam BERSATU Sudah Mati, Apakah PN Akan Di Heret Sama?
Kejadian berlaku ketika mangsa yang sedang berada di tepi padang kawad selepas selesai sesi panggil nama.
Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di hospital berikutan kecederaan yang dialami.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kementeriannya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk berunsurkan buli.
“Kejadian sebegini tidak sepatutnya berlaku dan telah mencemarkan imej UPNM dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) lain.
“Kita menyerahkan perkara ini kepada polis untuk menyiasat dan saya bersama kementerian akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya.
Pada 8 November lalu, seorang pelatih tahun empat dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, selepas didakwa menyebabkan kecederaan terhadap pelatih junior menggunakan seterika wap.
Amirul Iskandar Norhanizan, 22, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan olej jurubahasa di hadapan Hakim, Egusra Ali.
Mengikut kertas pertuduhan, Amirul Iskandar didakwa secara sukarela menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Salman Mohd Saiful Surash, 20, dengan menggunakan seterika wap panas.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik asrama di akademi tentera, kira-kira jam 11.45 malam, 22 Oktober lalu.
Suspek utama kes buli di UPNM diambil keterangan di IPD Cheras
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1MDB Dalam Mahkamah?
- Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
- Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib
You must be logged in to post a comment.