Akar Umbi Mesti Membantu Kepimpinan UMNO Menjawab Serangan Kes 1MDB
Akar Umbi Mesti Membantu Kepimpinan UMNO Menjawab Serangan Kes 1MDB
Sebagaimana yang pernah penulis nyatakan sebelum ini, Najib haters pasti akan melakukan serangan bertubi-tubi selepas mahkamah membuat keputusan supaya DS Najib membela diri dalam kes 1MDB.
Matlamatnya adalah supaya persepsi rakyat bahawa DS Najib sememangnya bersalah dapat dikekalkan sebelum mahkamah membuat keputusan muktamad.
Rakyat dikelirukan dengan pelbagai cara supaya mengekalkan anggapan DS Najib sememangnya korup dan mencuri duit rakyat.
Kenapa penting untuk mereka berbuat begitu?
Kerana selama ini, itulah senjata utama mereka yang berjaya menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan DS Najib.
Dan itulah juga senjata utama mereka untuk terus menyerang dan terus melemahkan UMNO.
Sekiranya pemimpin dan akar umbi UMNO benar-benar ikhlas sayangkan parti dan DS Najib, sudah tiba masanya untuk berganding bahu.
Sama-sama menjawab serangan dan tohmahan Najib haters tanpa menunggu antara satu sama lain.
Berikut diberikan contoh serangan dan jawapan untuk menjawabnya:
Tuduhan Utama Terhadap DS Najib Dalam Kes 1MDB
DS Najib dituduh atas penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram berkaitan dana 1MDB.
DS Najib di dalam kes tersebut telah pun di panggil untuk membela diri.
Persoalannya, mengapa saksi utama seperti Jho Low yang dipercayai menjadi dalang utama tidak di panggil untuk memberikan keterangan.
Bagaimana perbicaraan boleh dijalankan tanpa kehadiran saksi utama.
Sedangkan beberapa mahkamah di luar negara sudah mengesahkan penglibatan Jho Low, malah beliau menjadi dalang utama dalam skandal 1MDB.
Pihak berkuasa pula, dari tahun ke tahun memberi janji akan membawa pulang Jho Low.
Tetapi sampai DS Najib dipanggil membela diri, kelibat Jho Low masih tidak kelihatan.
Lebih memusykilkan lagi, individu yang mendapat munafaat langsung dari skandal 1MDB seperti Taufiq Ayman dan Jasmine Loo langsung tidak dibicarakan.
Malah mereka dijadikan saksi pendakwaan dan diberikan perlindungan saksi.
Apakah Maksud Prima Facie, Apakah Ia Bermakna DS Najib Telah Di Dapati Bersalah?
Tidak, Prima Facie adalah suatu perkataan latin yang bermaksud di atas permukaannya.
Ia adalah suatu terma undang-undang yang di gunakan oleh mahkamah jika dapatan mahkamah mendapati bahawa pendakwaan telah membuktikan kesnya secara Prima Facie.
Ini tidak bermaksud DS Najib telah di dapati bersalah, ini hanya bermaksud DS Najib perlu di panggil untuk membela dirinya bagi membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.
Jadi adalah tidak benar sama sekali dakwaan Najib haters, tidak ada yang perlu dipertahankan lagi kerana mahkamah telah memutuskan DS Najib bersalah.
Malah ada antara Najib haters yang berkata pertahankan DS Najib yang sudah diputuskan bersalah adalah perbuatan mencabar kedaulatan undang-undang.
Sebenarnya, meraka yang perlu banyak membuat research mengenai proses mahkamah.
Khas untuk isu ini, penulis akan menerbitkan beberapa artikel untuk memberikan penjelasan.
Artikel selepas ini akan menerangkan mengenai kelebihan DS Najib apabila dipanggil membela diri.
Banyak perkara yang selama ini cuba disorokkan akan terdedah dalam proses membela diri.
Pihak pembelaan boleh memohon sepina ke atas individu yang sebelum ini tidak dipanggil atau sudah dipanggil tetapi memberikan keterangan yang meragukan.
Tunggu artikel selanjutnya.
Inilah masanya untuk kita menggandakan usaha untuk sama-sama berjuang untuk keadilan DS Najib.
Menjadi pemerhati bukanlah pilihan di saat DS Najib memerlukan kita semua.
Akar Umbi Mesti Membantu Kepimpinan UMNO Menjawab Serangan Kes 1MDB
Di Syorkan Untuk Anda:
- Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
- Antara Mimpi Dan Fantasi Haji Hadi
- Sudah Sampai Masanya Akar Umbi Bangkit Untuk Bela Najib
You must be logged in to post a comment.