Legenda muzik Quincy Jones meninggal dunia
Legenda muzik Quincy Jones meninggal dunia
Los Angeles: Legenda muzik Amerika Syarikat (AS), Quincy Jones, meninggal dunia pada Ahad pada usia 91 tahun, menurut pengumuman jurucakapnya, Arnold Robinson, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Penerbit dan komposer itu meninggal dunia di kediamannya di Bel Air, Los Angeles, dikelilingi oleh ahli keluarganya.
“Malam ini, kami terpaksa berkongsi berita pemergian bapa dan saudara kami, Quincy Jones.
“Walaupun ini merupakan kehilangan amat besar bagi keluarga kami, kami meraikan kehidupan hebat yang dilaluinya dan tahu tiada siapa yang sepertinya,” kata kenyataan daripada keluarganya yang dikongsi dengan dpa.
Jones dianggap sebagai antara penerbit paling berpengaruh dalam industri muzik. Beliau pernah bekerjasama dengan bintang-bintang seperti Michael Jackson, George Benson, Frank Sinatra, Ray Charles, Louis Armstrong, Stevie Wonder, dan Aretha Franklin.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?
Dilahirkan pada 1933 di Chicago, Jones juga mengendalikan label rakaman, menggubah skor filem, menulis buku, menghasilkan filem cereka dan bersama-sama membangunkan siri TV.
Namun, beliau mencapai pengiktirafan istimewa melalui penerbitan salah satu album paling terkenal dalam sejarah pop: Thriller oleh Michael Jackson, yang diterbitkan pada 1982.
Legenda muzik Quincy Jones meninggal dunia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangka
- Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET