Kerjasama BN, PH untuk PRN Sabah muktamad – Ahmad Zahid
Oleh – Syeikh Baran
Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 sudah muktamad, tetapi masih terbuka untuk menjalin kerjasama dengan pihak lain.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, memberitahu pihaknya tidak lagi menggunakan pendekatan lama yang tidak membuka ruang untuk berunding dengan pihak lain tetapi sentiasa bersikap terbuka menjalin kerjasama politik.
“Memang bahawa persetujuan antara BN dengan PH itu adalah asas kepada kerjasama untuk menghadapi PRN Sabah.
Presiden UMNO itu diminta mengulas kenyataan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, semalam, bahawa terdapat persefahaman dan persetujuan di peringkat Pusat untuk menterjemahkan kerjasama antara gabungan dua parti itu bagi menghadapi PRN Sabah.
Kali terakhir PRN Sabah ialah pada 26 September 2020 dan DUN Sabah yang mempunyai 73 kerusi dijangka dibubarkan menjelang September tahun depan.
Sumber – KOSMO! ONLINE
You must be logged in to post a comment.