Kenyataan RSN Rayer Dan AMK Boleh Menggugat Kerjasama Kerajaan Perpaduan

Kenyataan RSN Rayer Dan AMK Boleh Menggugat Kerjasama Kerajaan Perpaduan

Kenyataan RSN Rayer Dan AMK Boleh Menggugat Kerjasama Kerajaan Perpaduan

 

Kita tidak faham, mengapa permintaan maaf DS Najib atas skandal 1MDB yang berlaku ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan merisaukan sesetengah pihak.

Permintaan maaf DS Najib adalah sebagai mengambil tanggungjawab sosial di atas skandal tersebut.



Beliau adalah Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dan tidak menguruskan syarikat 1MDB secara langsung.

Yang menguruskan secara langsung segala aktiviti perniagaan 1MDB adalah Lembaga Pengarah.

Sepatutnya yang dibicarakan adalah Lembaga Pengarah kerana di bahu mereka sebenarnya tergalas tanggungjawab menguruskan 1MDB.

Tetapi mereka bukan sahaja tidak dibicarakan, malah ada antara mereka telah dijadikan saksi pendakwaan.



Lebih menghairankan, penjenayah sebenar Jho Low sudah didapati bersalah oleh mahkamah di beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat, Switzerland dan Kuwait.

Perbicaraan telah dilakukan tanpa kehadiran Jho Low.

Hanya di Malaysia, Jho Low tidak pernah dibicarakan, walau pun beberapa saksi pendakwaan dan pembela berulang kali mengakui penglibatan beliau.

Namun atas dasar mengambil tanggungjawab sosial, DS Najib tampil memohon maaf atas skandal yang berlaku.



Sangat menghairankan, permohonan maaf DS Najib dilihat telah merisaukan sesetengah pihak, walau pun Anwar Ibrahim sendiri menerima baik.

Kenyataan Tidak Berasas Yang Boleh Menggugat Kestabilan Kerajaan Perpaduan

 

Ahli parlimen Jelutong, RSN Rayer berkata, beliau bimbang sekiranya permohonan maaf DS Najib diterima, rakyat akan menolak PH dalam PRU 16.

Di mana asasnya dakwaan Rayer.



Pakatan Harapan tewas di PRK Sungai Bakap dan ketika itu, apakah DS Najib sudah meminta maaf?

Manakala Pemuda PKR pula mahu tindakan undang-undang yang tegas diteruskan walau pun DS Najib meminta maaf.

Tidak ada pula kita dengar kes 1MDB digugurkan selepas DS Najib memohon maaf.

Malah mahkamah akan membuat keputusan sama ada terdapat prima facie atau tidak dalam kes tersebut.



Bukankah itu adalah tindakan undang-undang?

Pemuda PKR juga mendakwa, permohonan maaf DS Najib tidak dapat memulihkan kerugian yang dialami rakyat.

Tahukah Pemuda PKR berapa banyak duit dan aset 1MDB yang telah dikembalikan?

Tahukah Pemuda PKR, Menara TRX, projek Bandaraya Malaysia telah memberikan pulangan yang tinggi kepada negara?



Kerugian apa yang Pemuda PKR maksudkan itu?

Adakah Pemuda PKR menyanggah pendirian Anwar Ibrahim?

Walau pun kenyataan Rayer dan Pemuda PKR tidak dianggap sebagai pendirian parti kerana mereka tidak mempunyai kredibiliti untuk itu.

Namun, kenyataan seperti itu dilihat sebagai hasutan supaya rakyat terus membenci DS Najib dan UMNO dengan naratif yang salah.

DS Najib sendiri sering menyampaikan mesej supaya UMNO dan penyokong beliau terus menyokong Kerajaan Perpaduan.

Mengapa Rayer dan Pemuda PKR bertindak sebaliknya?

Atau Rayer dan Pemuda PKR kini sudah besar kepala hingga merasakan tiada keperluan UMNO berada dalam kerajaan?

 

Kenyataan RSN Rayer Dan AMK Boleh Menggugat Kerjasama Kerajaan Perpaduan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker