Firma tawar khidmat ‘proksi’ untuk urusan berhenti kerja

Firma tawar khidmat ‘proksi’ untuk urusan berhenti kerja

Firma tawar khidmat 'proksi' untuk urusan berhenti kerja
PEKERJA pejabat berjalan di sepanjang laluan bertingkat berhampiran stesen Shinagawa semasa waktu makan tengah hari di Tokyo pada 21 Mei 2024. FOTO AFP

Tokyo: Momuri iaitu sebuah agensi di Jepun mendapat perhatian kerana menawarkan khidmat sebagai proksi dalam menguruskan hal peletakan jawatan sejak lebih dua tahun lalu, lapor The Guardian.

“Kami menyerahkan peletakan jawatan bagi pihak orang yang atas sebab apa pun, tidak dapat melakukannya sendiri,” kata Shinji Tanimoto, ketua Albatross, firma yang mengendalikan firma Momuri di Jepun.

“Kadang-kadang ia hanya keengganan semula jadi, tetapi ada yang mungkin mengalami gangguan atau keganasan daripada majikan mereka.



“Mereka buntu apabila mereka datang kepada kami,” kata Tanimoto.

Firma itu, salah satu daripada anggaran 100 syarikat di seluruh Jepun yang menawarkan perkhidmatan serupa.

Setakat ini, firma berkenaan menerima 350,000 perundingan dalam talian dan menyelesaikan 20,000 peletakan jawatan.

Pakar mengaitkan trend itu dengan peralihan generasi dalam sikap terhadap kerja.



Ia berpunca daripada gangguan kepada pekerjaan dan gaya hidup yang disebabkan oleh pandemik Covid-19, apabila bekerja dari rumah mendorong ramai orang untuk mempertimbangkan semula keseimbangan kerja dan kehidupan mereka.

Kekurangan buruh kronik dan kadar kelahiran rendah – menjadikan majikan lebih bertekad untuk mengekalkan kakitangan, walaupun ia menakutkan mereka untuk tinggal.

Ada yang memaksa pekerja mencari pengganti mereka sendiri sebelum menerima peletakan jawatan mereka atau mengoyakkan surat peletakan jawatan mereka di hadapan mereka.

Selepas menghubungi Momuri melalui aplikasi pemesejan yang popular, pelanggan diminta melengkapkan soal selidik dan menandatangani kontrak.



Pekerja sepenuh masa yang mahu menggunakan khidmat ‘proksi’ untuk berhenti kerja itu perlu membayar 22,000 yuan (kira-kira RM13,452), manakala 12,300 yuan (kira-kira RM7,521) untuk pekerja separuh masa atau pekerja kontrak.

Menurut Tanimoto, proses merangkumi rundingan awal hingga peletakan jawatan, boleh mengambil masa seawal 20 hingga 30 minit.

Orang yang berumur 20-an menyumbang 60 peratus daripada pelanggan Momuri, termasuk sejumlah besar graduan baharu.

Firma tawar khidmat ‘proksi’ untuk urusan berhenti kerja


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PPBM Parti Terpaling Demokratik Di Malaysia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker